WAKTU SOLAT :

NORIIZZ CONSULTANT'S

Sabtu, 28 Ogos 2010

DEFINISI PERANCANGAN & PEMBANGUNAN BANDAR ISLAM

DEFINISI & MATLAMAT PERANCANGAN

“Perancangan ialah satu proses untuk membangunkan sesebuah kawasan yang menekankan keutamaan kesejahteraan keluarga dan ummah, meningkatkan taraf dan nilai hidup berteraskan nilai-nilai islam, membangunkan sektor industri dan pertanian di samping memelihara alam sekitar dan meninggikan pembelajaran sejajar dengan perkembangan industri itu sendiri."

Matlamat perancangan adalah untuk menjaga keperluan individu dan perhubungannya dengan keluarga dan masyarakat yang lebih positif dan bermakna bagi mengubah dan meningkatkan taraf hidup masyarakat yang memerlukan tarbiah agama dan di bantu oleh perkhidmatan teknologi.

KONSEP PEMBANGUNAN

Konsep pembangunan yang berteraskan nilai hidup islam merupakan satu paradigma baru untuk kerja-kerja di bidang perancangan. Proses meningkatkan taraf hidup perlu diseimbangkan dengan kesejahteraan ummah yang merangkumi isu sosio-ekonomi, pengurusan, kewangan, industri pembuatan, pertanian, pembelajaran dan Penyelidikan (R&D)

PEMBANGUNAN TAPAK

Tujuan mendirikan bandar ialah supaya dijadikan kawasan penempatan dan tempat berlindung. Dengan demikian adalah wajar ini diambil perhatian supaya segala benda yang merbahaya dijauhkan daripada bandar dengan cara menjaganya daripada segala yang boleh mencelakakan segala kemudahan sesuai dengan kehidupan bandar. (Ibn Khaldun)

ASAS FALSAFAH KEPADA PENDEKATAN ISLAM TERHADAP PEMBANGUNAN
  • i) Tauhid (Keesaan dan kekuasaan Allah). Asas ini meletakkan peraturan tentang hubungan Tuhan dengan manusia dan hubungan manusia dengan manusia.
  • (ii) Rububiyah (Sifat Allah sebagai Penguasa yang membuat peratuaran-peratuaran bagi menumpang dan dan menjaga serta mengarahkan kehidupaan makhluk ke arah kesempurnaannya.
  • (iii) Khilafah (Peranan manusia sebagai utusan Allah di bumi)
  • (iv) Tazkiyah (Penyucian & pertumbuhan yang sewajarnya)
KRITERIA UTAMA PEMBANGUNAN HADARATUL ISLAMIAH
  1. Menubuhkan satu kumpulan pembangunan khas (development team) untuk menyelia pembangunan keseluruhannya.
  2. Menggubal, meletak dan mengamalkan polisi ekonomi yang boleh menghasilkan pembangunan qariah penempatan dengan berkesan.
  3. Menubuhkan sebuah majlis penduduk yang dikenali sebagai majlis Ulil-Amri Tempatan untuk mengembangkan perusahaan dan juga menjaga hal-ehwal masyarakat mengikut lunas syariah.
  4. Mengusaha dan menjalankan pelbagai program pembelajaran termasuk pelajaran lanjutan, latihan sumber manusia dan tarbiah diniyah.
PRINSIP SYARIAH DALAM PERBANDARAN ISLAM

Peraturan dan sistem perundangan yang berasaskan undang-undang Allah (SWT) dan juga mesej yang dibawa oleh Nabi Muhammad (SAW)

KONSEP PERBANDARAN ISLAM

Istilah Bandar – Istilah Arab “Madinah” Prof Al-Attas mengaitkan din dan madinah (juga berkait dengan kata kerja maddana) sebagai :

  • Membina bandar,
  • Menaikkan ke taraf beradab,
  • Menimbulkan sifat insan sejati.
PRINSIP ASAS KEJIRANAN

  • Jiran bukan Islam (al-Zimmi al-ajnabiy). Mereka hanya berhak mendapat hak kejiranan sahaja.
  • Jiran Islam (al-Muslim al-Ajnabiy). Mereka berhak mendapat dua hak kejiranan iaitu hak sebagai jiran dan hak sebagai seorang muslim.
  • Jiran Islam, keluarga (al-Muslim al-Qarib). Mereka berhak mendapat hak sebagai seorang jiran, hak seorang Islam dan hak seorang saudara.
  • Perkembangan fizikal kawasan kejiranan Islam dapat di bahagikan kepada empat peringkat iaitu rumah (al-bayt), kelompok (dur), kejiranan (mahallah-khittah) dan bandar (madinah) (Saleh Al-Hathloul-1981)
PROSES PERBANDARAN

Satu proses pertumbuhan pelbagai aspek seperti peningkatan kualiti taraf hidup penduduk, ekonomi, infrastruktur, kemudahan sosial dan budaya, keselamatan, serta pendidikan dan pembangunan umat Islam setempat khasnya.

SEJARAH PERBANDARAN DUNIA

  • Perbandaran Tamadun Lembah
  • Perbandaran Yunani
  • Perbandaran Rom
  • Perbandaran Era Pertengahan (Era Medieval)
  • Perbandaran Era Renainsance
  • Perbandaran Era Revolusi Perindustrian
  • Perbandaran Di Asia Tenggara
  • Perbandaran Di Malaysia
BANDAR

  • suatu unit politik, suatu petempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau suatu kelompok rumah kediaman atau lain-lain struktur.
  • satu gabungan antara tempat dengan penghuninya.
  • satu ekosistem terbuka yang mengembangkan kebudayaan bandar melalui pertukaran bahan dan tenaga.
  • Satu penempatan yang mempunyai saiz dan populasi yang kukuh di mana terdapatnya kegiatan yang bukan pertanian seperti perindustrian dan perdagangan dijalankan. Di Malaysia bandar merupakan satu penempatan yang mempunyai saiz penduduk seramai minimumnya 10,000 orang.
BANDAR MAMPAN

Bandar mampan mengikut definisi ‘United Nations Centre For Human Settlements’ (HABITAT) dalam Program Bandar Mampan adalah “Bandar Yang Mampu Mengekalkan Pencapaian Dalam Pembangunan Sosial, Ekonomi Dan Fizikal Untuk Selama-lamanya”.

Manakala definisi bandar mampan yang dikemukakan oleh ‘Research Triangle Institute’ (RTI) ialah “Wilayah Metropolitan yang boleh bersaing dengan jayanya di peringkat global tetapi masih boleh mengekalkan keunggulan budaya dan alam sekitarnya”.

BANDAR SELAMAT

Bandar yang bebas daripada semua ancaman fizikal, sosial dan mental, mempunyai persekitaran yang sentiasa berada dalam keadaan terpelihara dan tidak menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kepada berlakunya kejadian yang mengganggu gugat jentera kesejahteraan setempat, selain itu, penghuninya sentiasa dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera, sihat ceria dan dapat menjalankan hidup dengan penuh keyakinan ( Berita Harian, 26 Oktber 2004 ).

PENYUSUNAN BANDAR ISLAM

  • Pusat Bandar masjid (Pusat spiritual Islam )
  • Di sekitar lingkungan masjid :
    -Istana Pemerintah (Pusat kekuasaan duniawi)
    -Pasaraya (Pusat perdagangan & Ekonomi Penduduk bandar)
  • Pinggir Kota Bangunan lain (Kediaman orang ramai)
SURAH AL-IMRAN AYAT 96 :

96. Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.

2 ulasan:

  1. boleh bagi information about pembanguan bandar pada zaman awal islam?

    BalasPadam
  2. assalam..buku rujukan apakah yang blh kita guna untuk membincangkan ttg perbandaran ni?

    BalasPadam