Jadual 3: Top 10 Natural Disasters in United States for the period 1900 to 2010 sorted by economic damage costs
Disaster | Date | Damage (000 US$) |
Storm | 24/08/1992 | 26500000 |
Flood | 24/06/1993 | 12000000 |
Earthquake (seismic activity) | 17/01/1994 | 30000000 |
Storm | 13/08/2004 | 16000000 |
Storm | 05/09/2004 | 11000000 |
Storm | 15/09/2004 | 18000000 |
Storm | 29/08/2005 | 125000000 |
Storm | 23/09/2005 | 16000000 |
Storm | 24/10/2005 | 14300000 |
Storm | 12/09/2008 | 30000000 |
Source:"EM-DAT: The OFDA/CRED International Disaster Database, www.emdat.be- Université catholique de Louvain - Brussels - Belgium"
Jadual 4: Top 10 Natural Disasters in United States for the period 1900 to 2010 sorted by numbers of total affected people:
Disaster | Date | No Total Affected |
Storm | 30/08/1985 | 1,000,000 |
Storm | 24/08/1992 | 250,055 |
Epidemic | 01/01/1993 | 403,000 |
Storm | 13/09/1999 | 3,000,010 |
Storm | 05/09/2004 | 5,000,000 |
Storm | 29/08/2005 | 500,000 |
Storm | 23/09/2005 | 300,000 |
Wildfire | 21/10/2007 | 640,064 |
Flood | 09/06/2008 | 11,000,148 |
Storm | 01/09/2008 | 2,100,000 |
Source:"EM-DAT: The OFDA/CRED International Disaster Database, www.emdat.be – Université catholique de Louvain - Brussels - Belgium"
Menangani Persoalan Kemungkaran Spiritual Untuk Kesehteraan
Kemungkaran spiritual merupakan kemungkaran yang berlaku dalam 3 aspek iaitu aspek akidah, syariah dan akhlak.
- Persoalan mengenai akidah merupakan perkara paling penting dan menjadi asas bagi pembentukan kekuatan jiwa seseorang muslim, iaitu keyakinan kepada rukun iman yang enam dengan sepenuh yakin tanpa dicampuri dengan unsur syak, zhan dan waham. Sekiranya individu muslim tidak menjaga dan menanamkan sepenuhnya rukun iman ini dalam hati sanubari, nescaya mereka akan melakukan salah satu daripada perkara syirik iaitu syirik jalli (syirik yang besar) samada dalam bentuk perkataan, perbuatan mahupun ikrar di dalam hati. Ataupun melakukan syirik khofi (syirik yang kecil) seperti ujub, Ria’, takabur dan hasad.
- Dari aspek syariah pula perlaksanaan syariat Allah secara total seperti perlaksanaan hukum hudud, kisas dan tidak tertakluk kepada hukum takzir semata-mata dapat memandu seseorang muslim mengamalkan rukun islam yang lima dan menjadi asas dalam melaksanakan tuntutan amalan seharian dan dalam seluruh kehidupan bagi mengabdikan diri kepada Allah semata-mata. Apabila seseorang muslim itu tergelincir dari pengamalan ajaran islam yang sebenar sehingga membelakangkan tuntutan hukum syarak maka berlakunya kepincangan dalam masyarakat seperti dadah, dedah, pelacuran, buang bayi dan sebagainya.
- Akhlak merupakan hasil dari kekuatan akidah dan syariah yang pastinya penyatuan antara amalan ruhaniah dan jasmaniah sehingga melahirkan kredibiliti seorang insan, yang baik dari kedua-dua aspek iaitu ruhaniah dan jasmaniah pastinya akhlaknya juga akan turut baik. Manakala orang yang akhlaknya buruk pastinya akidah dan syariah juga lemah sehingga cuba untuk melawan perintah Allah, Rasul dan Ibu Bapa
Sekiranya berlaku perlanggaran dalam salah satu dari 3 aspek ini sebenarnya manusia akan mengundang bala’ Allah. Bermacam-macam persoalan timbul mengenai bala yang merisaukan banyak pihak. Apakah sebenarnya bala itu? “Bala” yang diambil daripada perkataan Arab iaitu 'bala' bermakna hukuman daripada Allah akibat salah laku manusia kerana mengingkari sepenuhnya atau sebahagian daripada perintah Allah.
Bala ini pernah terjadi di zaman para Anbiya' sebelum Nabi Muhammad S.A.W, seperti yang diceritakan oleh Allah dalam al-Quran menerusi ayat 133 surah Al-'Araf yang bermaksud:
"Telah Kami kirimkan ke atas mereka (umat Nabi Musa) ribut taufan, belalang, kutu, katak dan darah, sebagai tanda yang cukup jelas keingkaran mereka terhadap ajaran Nabi Ibrahim, mereka menyombong diri dan sesungguhnya mereka adalah golongan penjenayah (yang melakukan kerosakan di muka bumi)".
“Akhirnya mereka dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, Dengan benar lagi adil, lalu Kami jadikan mereka sebagai sampah sarap (yang dihanyutkan oleh banjir). maka kebinasaanlah kesudahannya bagi kaum yang zalim itu.” (Surah Al-Mukminun ayat 41)
Ke Arah Pembangunan Indikator Bandar Sejahtera
Salah satu usaha ke arah membangkitkan kesedaran dan memandu tindakan secara bersepadu bagi menghindari kemusnahan bandar dan membina bandar sejahtera ialah dengan membina satu set indikator secara menyeluruh yang merangkumi dimensi fizikal dan spiritual. Indikator awal dibina berasaskan penelitian al-Quran dan beberapa penulisan berkaitan sistem sosial, ekonomi, individu dan masyarakat Islam .
Indikator ini akan menjadi pengukur akan tahap kesejahteraan dan menjadi asas kepada tindakan-tindakan susulan bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan berasaskan petunjuk yang dibina. Dalam membina indikator ini terdapat 3 peringkat kajian (rujuk Rajah 4)
1- Pembinaan hipotesis
2- Pengujian Hipotesis
3- Aplikasi Indikator
Rajah 4: Metodologi Kajian Pembentukan Indikator Bandar Sejahtera
Penemuan Awal Indikator Berasaskan Rujukan Al-Quran ( hipotesis )
FIZIKAL
Bil | Indikator (Positif) | Rujukan ayat al-Quran | Indikator (Negatif) | Rujukan ayat al-Quran |
1 | Orientasi qiblat | Baqarah , 142 -152. | Kerosakan bumi (pencemaran). | A’raf, 56; Rum, 41; Zumar, 51. |
2 | Tiada berhala | Baqarah, 54-56, 92-93; Maidah 76 | ||
3 | Indah, bersih, aman dan subur, air pancutan, sungai, tumbuhan | Baqarah,25,266;Al-Hajj, 5; Qaf, 7; Ar-Rahman, 47-55. | ||
4 | Banyak masjid dan ruang solat | Baqarah,114; Taubah, 17-18. | ||
5 | Berkembang dan bertambah (Barkah) | Imran,96;Taubah, 21-22 |
AKIDAH
Bil | Indikator (Positif) | Rujukan ayat al-Quran | Indikator (Negatif) | Rujukan ayat al-Quran |
1 | Beriman | Baqarah, 4-5 | Tidak beriman, keras hati | Baqarah, 74-76; Imran, 65; An’am 32; A’raf 169. |
2 | Mengamalkan Sunnah Nabi/kebajikan | Baqarah, 177 | Tiada amalan soleh/kebajikan | Baqarah, 44 |
3 | Celik Quran | Baqarah 23-24, 121, Hud 1, Qomar 17. | ||
4 | Solat berjemaah | An’am, 72; A’raf, 205-206; Taubah, 17-20. | ||
5 | Berakal (boleh baca alam dan menarik kesimpulan) | Baqarah,164;An’am, 99; An-Nahl, 17 & 6-9; Ankabut, 20; Sood 29. |
AKHLAK
Bil | Indikator (Positif) | Rujukan ayat al-Quran | Indikator (Negatif) | Rujukan ayat al-Quran |
1 | Perpaduan, sabar | Imran, 200 | Dengki, nafi kebenaran | Baqarah , 109 |
2 | Kasih sayang | Rum, 21 | Pergaulan bebas | Nur 30; Isra’ 32 |
3 | Ikut petunjuk Allah (hukum), berlaku adil | An’am, 151-153 | Amalan sihir | Baqarah ,102 |
4 | Hias diri dan tidak membazir, menjaga aurat | A’raf, 31 | Membazir | A’raf, 31;Isra’,27 |
5 | Melaksanakan wasiat iman | Baqarah,131-133, 180 | Tidak solat, malas ibadat, | Taubah, 11; Nisa’ 142; Mudasir 43 |
6 | Da’wah, Hikmah, Suci jiwa, taqwa | Baqarah129,151,231; Nahl,125; A’raf, 157-158. | Bakhil | Nisa’, 37;Imran, 180; Isra’,29, Mudasir, 43. |
7 | Taat perintah Allah | Baqarah, 208; Imran 79-80. | Tipudaya/conspirasi jahat | Imran, 54 |
EKONOMI
Bil | Indikator (Positif) | Rujukan ayat al-Quran | Indikator (Negatif) | Rujukan ayat al-Quran |
1 | Perjanjian/persetujuan jual beli | Baqarah,282-283;Nisa 29-30, | Mengamalkan Riba’ | Baqarah 275-279; Rum 39; Nisa’ 160-161; Al-Imran 130. |
2 | Simpanan/tabungan yang kukuh | Yusuf,46-48; Furqan 67 | Curi dalam timbangan | Isra’,35;Mutoffifin 1-3, A’raf 85 |
3 | Mengeluarkan zakat | Baqarah, 110; Taubah 60 | Perjudian | Baqarah 219, Maidah 90-91 |
4 | Banyak bersedekah | Baqarah 4,261-264, 271-274; Taubah,103; Isra’,26-31. | Arak | Baqarah 219; Maidah 90-91 |
5 | Mewakafkan harta | Baqarah 261,Imran 92 | Banyak berhutang | Baqarah, 280-282. |
6 | Makanan halal Lagi baik, buahan | Baqarah 57,126, 168, 172,173; Maidah 3-5, 88; Anfal 69, Yunos 59, Nahl 114. | Tidak bersedekah | Ma’un,3,7; Imran 92 |
SOSIAL
Bil | Indikator (Positif) | Rujukan ayat al-Quran | Indikator (Negatif) | Rujukan ayat al-Quran |
1 | Kewujudan amal makruf nahi munkar | Imran, 184;Lukman, 17 | Kewujudan maksiat | Nisa’ 15-18; An’am 151-152 |
2 | Kewujudan Institusi dakwah | Taubah 111-112,119- 122 | Kes bunuh | Nisa’, 29-30;An’am, 151 |
3 | Penjagaan harta anak yatim | Nisa’ 5-6; An’am 152 | Kes curi, rompak, samun | Maidah 38; Mumtahanah 12 |
4 | Perpaduan | Imran,103 | Kes zina | Mukminun 5-7; Isra’ 32; Furqan 68; Nur 2 |
5 | Pemimpin wibawa | Baqarah,246-247 | Makan harta anak yatim | Nisa’ 10; Maun 1-2, Dhuha 9; Isra’,34 |
INSTITUSI
Bil | Indikator (Positif) | Rujukan ayat al-Quran | Indikator (Negatif) | Rujukan ayat al-Quran |
1 | Perlaksanaan Syariah | Al-Maidah, 44,45 & 47 | Tidak melaksanakan pengurusan secara Islamik | Baqarah 143, 190,An-Nahl 43, 125,Maidah 51 |
2 | Pasukan keselamatan yang kuat dan cekap | Imran 200; Baqarah,190-193. | Bersih rasuah | Baqarah, 188 |
3 | Shura’ | Shura’,38 | ||
4 | Penjagaan anak yatim | Baqarah 220, Nisa’ 2, 5-6, 127 | ||
5 | Penjagaan orang miskin | Baqarah 177 | ||
6 | Melaksanakan tindakan berhikmah berpandu al-Quran dan hujah benar (perancangan Islam) | Baqarah,129,151,231; Nahl, 125 |
Kesimpulan
Bencana alam, perubahan iklim, pemanasan global dan bebera isu sosial seperti membasmi kemiskinan, terrorism, pendidikan untuk semua dan pemisahan digital adalah isu-isu global yang telah mendapat perhatian masyarakat antara bangsa kerana penyelesaiannya memerlukan kerjasama merentasi sempadan negara. Walau bagaimanapun, beberapa isu lain yang penting termasuk keruntuhan akhlak, jenayah dan nilai masyarakat masih belum dilihat sebagai isu global yang perlu ditangani secara kesepakatan antarabangsa. Walhal masalah keruntuhan akhlak masyarakat dan isu-isu sosial kini sangat dipeggaruhi oleh nilai-nilai negatif dan pendedahan masyarakat kepada pelbagai maklumat, mesej dan budaya asing yang disampaikan melalui media tele komunikasi yang diluar kawalan suatu negara.
Dengan kesedaran lebih meluas masyarakat akan hubungkait isu sosial, akidah dan akhlak dengan permasalahan kemusnahan alam diharapkan lebih banyak usaha diberikan untuk menyelesaikan isu ini secara berkesan sebagaimana isu pemanasan global yang kini mendapat perhatian dan tindakan yang bersepadu dengan kesepakatan antarabangsa. Kajian lebih lanjut perlu dilakukan bagi menunjukkan bukti secara saintifik bahawa kemungkaran berbentuk “spiritual” mempunyai kesan lebih besar kepada kesejahteraan dan kelestarian bumi. Kemusnahan besar yang telah dan akan berlaku merupakan balasan dan petunjuk bagi menyedarkan umat manusia akan kewujudan Tuhan Maha Mencipta dan kewajipan untuk tunduk dan patuh kepadaNya.
Kertas ini cuba membawa masyarakat untuk memikirkan kembali landasan kesejahteraan hidup berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Kajian dilakukan untuk membentuk satu set indikator bandar sejahtera berasaskan pandangan Islam. Indikator ini berpontensi dijadikan panduan dalam merancang, melaksana dan memantau pembangunan bandar dan diharapkan suatu masa nanti menjadi alternatif lebih baik berbanding dengan indikator yang dibina berasaskan falsafah kebendaan semata-mata seperti indikator kualiti hidup dan indikator pembangunan lestari yang diguna pakai secara meluas masa kini. Semoga kertas kerja ini menyumbang kepada usaha menuju masyarakat bersih dan sejahtera. Wassalam.
Rujukan
Akram Diya’al Umari (1991), Medinan Society at the time of the Prophet,Virginia: International Institute of Islamic Thaught.
Gaillard, Jean-Christophe (2007), Natural disaster?A retrospect into the causes of the late-2004 typhoon disaster in Eastern Luzon, Environmental Hazards, Vol. 7, issue 4, 2007 pp.257-270.
Farhad Nomani dan Ali Rahnema (1995), Islamic Economic System, Kuala Lumpur: Business Information Press.
Jabatan Perdana Menteri (1980) Al-Quran dan Terjemahan, Tafsir Ar-Rahman, Kuala Lumpur: JPM
Harun Yahya (2002), Kaum-Kaum Yang Pupus, Karya Terjemahan, Kuala Lumpur:Saba’ Islamic Media.Mohamad Akram Khan (1994), An Introduction to Islamic Economics, Islamabad: The International Institute of Islamic Thought.Muhammad Asad (1980), The Message of The Quran, (Translation and Explained), Gibratar: Dar Al-Andalus.
Kamal S. Salibi (1980) A History Of Arabia, Caravan Books. USA
Muhammad Ali Al-Hashimi (2007), The Ideal Muslim Society, Riyadh: International Islamic Publishing House.
Max Mallowan (1964), Nuh’s Flood Reconsidered, Iraq
Muhammad Syukri Salleh ed. (1990), Konsep Pelaksanaan Pembangunan Berteraskan Islam, Pulau Pinang: Penerbit USM.
Rischard, J.F (2002), High Noon, Twenty Global Problems, Twenty Years to Solve Them, New York: Basic Books.
Shaw, mark et.al. (2003), Determining Trends in Global Crime and Justice: An Overview of results from the United Nation Surveys of Crime Trends and Operations of Criminal Justice, Forum on Crime and Society, Vol.3, Nos. 1 and 2, December 2003, pp. 35-63.
Taqiuddin an-Nabhari (1999), The Social System in Islam, London: A Khilafah Publication.
World Development Report (2009), Reshaping Economic Geography, Washington: World Bank.
Yusuf Al-Qardhawi (2000), Ciri-Ciri Unggul Masyarakat Islam, Kuala Lumpur: Penerbit Seribu Dinar.
"EM-DAT: The OFDA/CRED International Disaster Database, www.emdat.be –
Université catholique de Louvain - Brussels - Belgium"
International Strategy for Disaster Reduction (UN/ISDR) : www.unisdr.org
Uniform Crime Reporting Statistics, US Department of Justice, www.ucdatatool.gov
NationMaster: www.nationmaster.com
Victory Jeffrey; Gary Betts - Natural disaster and their roots cause, www.helium.com/items/935656-natural-disasters-and-their-root-cause
Jadual L1: Statistics 20 negara teratas mengalami kemusnahan akibat bencana alam 1991-2005
Source:"EM-DAT: The OFDA/CRED International Disaster Database, www.emdat.be - Université catholique de Louvain - Brussels - Belgium";
NationMaster.com, www.nationmaster.com
Jadual L2: Statistics 20 negara terendah mengalami kemusnahan akibat bencana alam 1991-2005
Source:"EM-DAT: The OFDA/CRED International Disaster Database, www.emdat.be - Université catholique de Louvain - Brussels - Belgium";
NationMaster.com, www.nationmaster.com