WAKTU SOLAT :

NORIIZZ CONSULTANT'S

Ahad, 8 Mei 2011

PERKAITAN ISU SOSIAL DAN KEMUSNAHAN BANDAR: KE ARAH PEMBENTUKAN INDIKATOR BANDAR SEJAHTERA (2)

(sambung...)




Disaster
Date
Damage (000 US$)
Storm
24/08/1992
26500000
Flood
24/06/1993
12000000
Earthquake (seismic activity)
17/01/1994
30000000
Storm
13/08/2004
16000000
Storm
05/09/2004
11000000
Storm
15/09/2004
18000000
Storm
29/08/2005
125000000
Storm
23/09/2005
16000000
Storm
24/10/2005
14300000
Storm
12/09/2008
30000000





Source:"EM-DAT: The OFDA/CRED International Disaster Database, www.emdat.be- Université catholique de Louvain - Brussels - Belgium"

Jadual 4: Top 10 Natural Disasters in United States for the period 1900 to 2010 sorted by numbers of total affected people:

 
Disaster
Date
No Total Affected
Storm
30/08/1985
                 1,000,000
Storm
24/08/1992
                     250,055
Epidemic
01/01/1993
                     403,000
Storm
13/09/1999
                 3,000,010
Storm
05/09/2004
                 5,000,000
Storm
29/08/2005
                     500,000
Storm
23/09/2005
                     300,000
Wildfire
21/10/2007
                     640,064
Flood
09/06/2008
               11,000,148
Storm
01/09/2008
                 2,100,000

 
Source:"EM-DAT: The OFDA/CRED International Disaster Database, www.emdat.be – Université catholique de Louvain - Brussels - Belgium"

 

Menangani Persoalan Kemungkaran Spiritual Untuk Kesehteraan

Kemungkaran spiritual merupakan kemungkaran yang berlaku dalam 3 aspek iaitu aspek akidah, syariah dan akhlak.
  •  Persoalan mengenai akidah merupakan perkara paling penting dan menjadi asas bagi pembentukan kekuatan jiwa seseorang muslim, iaitu keyakinan kepada rukun iman yang enam dengan sepenuh yakin tanpa dicampuri dengan unsur syak, zhan dan waham. Sekiranya individu muslim tidak menjaga dan menanamkan sepenuhnya rukun iman ini dalam hati sanubari, nescaya mereka akan melakukan salah satu daripada perkara syirik  iaitu syirik jalli (syirik yang besar) samada dalam bentuk perkataan, perbuatan mahupun ikrar di dalam hati. Ataupun melakukan syirik khofi (syirik yang kecil) seperti ujub, Ria’, takabur dan hasad. 
  • Dari aspek syariah pula perlaksanaan  syariat Allah secara total seperti perlaksanaan hukum hudud, kisas dan tidak tertakluk kepada hukum takzir semata-mata  dapat memandu seseorang muslim mengamalkan rukun islam yang lima dan menjadi asas dalam melaksanakan tuntutan amalan seharian dan dalam seluruh kehidupan bagi mengabdikan diri kepada Allah semata-mata. Apabila seseorang muslim itu tergelincir dari pengamalan ajaran islam yang sebenar sehingga membelakangkan tuntutan hukum syarak maka berlakunya kepincangan dalam masyarakat seperti dadah, dedah, pelacuran, buang bayi dan sebagainya. 
  • Akhlak merupakan hasil dari kekuatan akidah dan syariah yang pastinya penyatuan antara amalan ruhaniah dan jasmaniah sehingga melahirkan kredibiliti seorang insan, yang baik dari kedua-dua aspek iaitu ruhaniah dan jasmaniah pastinya akhlaknya juga akan turut baik. Manakala orang yang akhlaknya buruk pastinya akidah dan syariah juga lemah sehingga cuba untuk melawan perintah Allah, Rasul dan Ibu Bapa

Sekiranya berlaku perlanggaran dalam salah satu dari 3 aspek ini sebenarnya manusia akan mengundang bala’ Allah. Bermacam-macam persoalan timbul mengenai bala yang merisaukan banyak pihak. Apakah sebenarnya bala itu? “Bala” yang diambil daripada perkataan Arab iaitu 'bala' bermakna hukuman daripada Allah akibat salah laku manusia kerana mengingkari sepenuhnya atau sebahagian daripada perintah Allah.


Bala ini pernah terjadi di zaman para Anbiya' sebelum Nabi Muhammad S.A.W, seperti yang diceritakan oleh Allah dalam al-Quran menerusi ayat 133 surah Al-'Araf yang bermaksud:


"Telah Kami kirimkan ke atas mereka (umat Nabi Musa) ribut taufan, belalang, kutu, katak dan darah, sebagai tanda yang cukup jelas keingkaran mereka terhadap ajaran Nabi Ibrahim, mereka menyombong diri dan sesungguhnya mereka adalah golongan penjenayah (yang melakukan kerosakan di muka bumi)".  


“Akhirnya mereka dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, Dengan benar lagi adil, lalu Kami jadikan mereka sebagai sampah sarap (yang dihanyutkan oleh banjir). maka kebinasaanlah kesudahannya bagi kaum yang zalim itu.” (Surah Al-Mukminun ayat 41)


 
Ke Arah Pembangunan Indikator Bandar Sejahtera
Salah satu usaha ke arah membangkitkan kesedaran dan memandu tindakan secara bersepadu bagi menghindari kemusnahan bandar dan membina bandar sejahtera ialah dengan membina satu set indikator secara menyeluruh yang merangkumi dimensi fizikal dan spiritual. Indikator awal dibina berasaskan penelitian al-Quran dan beberapa penulisan berkaitan sistem sosial, ekonomi, individu dan masyarakat Islam .
Indikator ini akan menjadi pengukur akan tahap kesejahteraan dan menjadi asas kepada tindakan-tindakan susulan bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan berasaskan petunjuk yang dibina. Dalam membina indikator ini terdapat 3 peringkat kajian (rujuk Rajah 4)
1-   Pembinaan hipotesis
2-   Pengujian Hipotesis
3-   Aplikasi Indikator

Rajah 4: Metodologi Kajian Pembentukan Indikator Bandar Sejahtera

 
Penemuan Awal Indikator Berasaskan Rujukan Al-Quran ( hipotesis )

FIZIKAL
 
Bil
Indikator  (Positif)
Rujukan ayat al-Quran
Indikator (Negatif)
Rujukan ayat al-Quran
1
Orientasi qiblat
Baqarah , 142 -152.
Kerosakan bumi (pencemaran).
A’raf, 56; Rum, 41; Zumar, 51.
2
Tiada berhala
Baqarah, 54-56, 92-93; Maidah 76


3
Indah, bersih, aman dan  subur, air pancutan, sungai, tumbuhan
Baqarah,25,266;Al-Hajj, 5; Qaf, 7; Ar-Rahman, 47-55.


4
Banyak masjid dan ruang solat
Baqarah,114; Taubah, 17-18.


5
Berkembang dan bertambah (Barkah)
Imran,96;Taubah, 21-22


 
AKIDAH
Bil
Indikator  (Positif)
Rujukan ayat al-Quran
Indikator (Negatif)
Rujukan ayat al-Quran
1
Beriman
Baqarah, 4-5
Tidak beriman, keras hati
Baqarah, 74-76; Imran, 65; An’am 32; A’raf 169.
2
Mengamalkan Sunnah Nabi/kebajikan
Baqarah, 177
Tiada amalan soleh/kebajikan
Baqarah, 44
3
Celik Quran
Baqarah 23-24, 121, Hud 1, Qomar 17.


4
Solat berjemaah
An’am, 72; A’raf, 205-206; Taubah, 17-20.


5
Berakal (boleh baca alam dan menarik kesimpulan)
Baqarah,164;An’am, 99; An-Nahl, 17 & 6-9; Ankabut, 20; Sood 29.


 
AKHLAK

Bil
Indikator  (Positif)
Rujukan ayat al-Quran
Indikator (Negatif)
Rujukan ayat al-Quran
1
Perpaduan, sabar
Imran, 200
Dengki, nafi kebenaran
Baqarah , 109
2
Kasih sayang
Rum, 21
Pergaulan bebas
Nur 30; Isra’ 32
3
Ikut petunjuk Allah (hukum), berlaku adil
An’am, 151-153
Amalan sihir
Baqarah ,102
4
Hias diri dan tidak membazir, menjaga aurat
A’raf,  31
Membazir
 A’raf, 31;Isra’,27
5
Melaksanakan wasiat iman
Baqarah,131-133, 180
Tidak solat, malas ibadat,
Taubah, 11; Nisa’ 142; Mudasir 43
6
Da’wah, Hikmah,  Suci jiwa, taqwa
Baqarah129,151,231; Nahl,125; A’raf, 157-158.
Bakhil
Nisa’, 37;Imran, 180; Isra’,29, Mudasir, 43.
7
Taat perintah Allah
Baqarah, 208; Imran 79-80.
Tipudaya/conspirasi jahat
Imran, 54
 
EKONOMI
Bil
Indikator  (Positif)
Rujukan ayat al-Quran
Indikator (Negatif)
Rujukan ayat al-Quran
1
Perjanjian/persetujuan jual beli
Baqarah,282-283;Nisa 29-30,
Mengamalkan Riba’
Baqarah 275-279; Rum 39; Nisa’ 160-161; Al-Imran 130.
2
Simpanan/tabungan yang kukuh
 Yusuf,46-48; Furqan 67
Curi dalam timbangan
Isra’,35;Mutoffifin 1-3, A’raf 85
3
Mengeluarkan zakat
Baqarah, 110; Taubah 60
 Perjudian
Baqarah 219, Maidah 90-91
4
Banyak bersedekah
Baqarah 4,261-264, 271-274; Taubah,103; Isra’,26-31.
 Arak
Baqarah 219; Maidah 90-91
5
Mewakafkan harta
Baqarah 261,Imran 92
Banyak berhutang
Baqarah, 280-282.
6
Makanan halal
Lagi baik, buahan
Baqarah 57,126, 168, 172,173; Maidah 3-5, 88; Anfal 69, Yunos 59, Nahl 114.
Tidak bersedekah
Ma’un,3,7; Imran 92

 SOSIAL
 
Bil
Indikator  (Positif)
Rujukan ayat al-Quran
Indikator (Negatif)
Rujukan ayat al-Quran
1
Kewujudan amal makruf nahi munkar
Imran, 184;Lukman, 17
Kewujudan maksiat
Nisa’ 15-18; An’am 151-152
2
Kewujudan Institusi dakwah
Taubah 111-112,119- 122
Kes bunuh
Nisa’, 29-30;An’am, 151
3
Penjagaan harta anak yatim
Nisa’ 5-6; An’am 152
Kes curi, rompak, samun
Maidah 38; Mumtahanah 12
4
Perpaduan
Imran,103
Kes zina
Mukminun 5-7; Isra’ 32; Furqan 68; Nur 2
5
Pemimpin wibawa
Baqarah,246-247
Makan harta anak yatim
Nisa’ 10; Maun 1-2, Dhuha 9; Isra’,34

 
INSTITUSI

Bil
Indikator  (Positif)
Rujukan ayat al-Quran
Indikator (Negatif)
Rujukan ayat al-Quran
1
Perlaksanaan Syariah
 Al-Maidah, 44,45 & 47
Tidak melaksanakan pengurusan secara Islamik
Baqarah 143, 190,An-Nahl 43, 125,Maidah 51
2
Pasukan keselamatan yang kuat dan cekap
Imran 200; Baqarah,190-193.
Bersih rasuah
Baqarah, 188
3
Shura’
Shura’,38


4
Penjagaan  anak yatim
Baqarah 220, Nisa’ 2, 5-6,  127


5
Penjagaan orang miskin
Baqarah 177


6
Melaksanakan tindakan berhikmah berpandu al-Quran dan hujah benar
(perancangan Islam)
Baqarah,129,151,231; Nahl, 125



 
Kesimpulan

Bencana alam, perubahan iklim, pemanasan global dan bebera isu sosial seperti  membasmi kemiskinan,  terrorism, pendidikan untuk semua dan pemisahan digital adalah isu-isu global yang telah mendapat perhatian masyarakat antara bangsa kerana penyelesaiannya memerlukan kerjasama merentasi sempadan negara.  Walau bagaimanapun, beberapa isu lain yang penting termasuk keruntuhan akhlak, jenayah dan nilai masyarakat masih belum dilihat sebagai isu global yang perlu ditangani secara kesepakatan antarabangsa. Walhal masalah keruntuhan akhlak masyarakat dan isu-isu sosial kini sangat dipeggaruhi oleh nilai-nilai negatif dan pendedahan masyarakat kepada pelbagai  maklumat, mesej dan budaya asing yang disampaikan melalui media tele komunikasi yang diluar kawalan suatu negara. 

Dengan kesedaran lebih meluas masyarakat akan hubungkait isu sosial, akidah dan akhlak dengan permasalahan kemusnahan alam diharapkan lebih banyak usaha diberikan untuk menyelesaikan isu ini secara berkesan sebagaimana isu pemanasan global yang kini mendapat perhatian dan tindakan yang bersepadu dengan kesepakatan antarabangsa. Kajian lebih lanjut perlu dilakukan  bagi menunjukkan bukti secara saintifik  bahawa kemungkaran berbentuk “spiritual” mempunyai kesan lebih besar kepada kesejahteraan dan kelestarian bumi. Kemusnahan besar  yang telah dan akan berlaku merupakan balasan dan petunjuk bagi menyedarkan umat manusia akan kewujudan Tuhan Maha Mencipta dan kewajipan untuk tunduk dan patuh kepadaNya.
Kertas ini cuba membawa masyarakat untuk memikirkan kembali landasan kesejahteraan hidup berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Kajian dilakukan untuk membentuk satu set indikator bandar sejahtera berasaskan pandangan Islam. Indikator ini  berpontensi  dijadikan panduan dalam merancang, melaksana dan memantau pembangunan bandar  dan diharapkan suatu masa nanti  menjadi alternatif lebih baik berbanding dengan indikator yang dibina berasaskan falsafah kebendaan semata-mata seperti indikator kualiti hidup dan indikator pembangunan lestari yang diguna pakai secara meluas masa kini. Semoga kertas kerja ini menyumbang kepada usaha menuju masyarakat bersih dan sejahtera. Wassalam.

Rujukan
Akram Diya’al Umari (1991), Medinan Society at the time of the Prophet,Virginia: International Institute of Islamic Thaught.
Gaillard, Jean-Christophe (2007), Natural disaster?A retrospect into the causes of the late-2004 typhoon disaster in Eastern Luzon, Environmental Hazards, Vol. 7, issue 4, 2007 pp.257-270.
Farhad Nomani dan Ali Rahnema (1995), Islamic Economic System, Kuala Lumpur: Business Information Press.
Jabatan Perdana Menteri (1980) Al-Quran dan Terjemahan, Tafsir Ar-Rahman, Kuala Lumpur: JPM
Harun Yahya (2002), Kaum-Kaum Yang Pupus, Karya Terjemahan, Kuala Lumpur:Saba’ Islamic Media.Mohamad Akram Khan (1994), An Introduction to Islamic Economics, Islamabad: The International Institute of Islamic Thought.Muhammad Asad (1980), The Message of The Quran, (Translation and Explained), Gibratar: Dar Al-Andalus.
Kamal S. Salibi (1980) A History Of  Arabia, Caravan Books. USA
Muhammad Ali Al-Hashimi (2007), The Ideal Muslim Society, Riyadh: International Islamic Publishing House.
Max Mallowan (1964), Nuh’s Flood Reconsidered, Iraq
Muhammad Syukri Salleh ed. (1990), Konsep Pelaksanaan Pembangunan Berteraskan Islam, Pulau Pinang: Penerbit USM.
Rischard, J.F (2002), High Noon, Twenty Global Problems, Twenty Years to Solve Them, New York: Basic Books.
Shaw, mark et.al. (2003), Determining Trends in Global Crime and Justice: An Overview of results from the United Nation Surveys of Crime Trends and Operations of Criminal Justice, Forum on Crime and Society, Vol.3, Nos. 1 and 2, December 2003, pp. 35-63.
Taqiuddin an-Nabhari (1999), The Social System in Islam, London: A Khilafah Publication.
World Development Report (2009), Reshaping Economic Geography, Washington: World Bank.
Yusuf Al-Qardhawi (2000), Ciri-Ciri Unggul Masyarakat Islam, Kuala Lumpur: Penerbit Seribu Dinar.

"EM-DAT: The OFDA/CRED International Disaster Database, www.emdat.be –
 Université catholique de Louvain - Brussels - Belgium"

International Strategy for Disaster Reduction (UN/ISDR) : www.unisdr.org

Uniform Crime Reporting Statistics, US Department of Justice, www.ucdatatool.gov
NationMaster: www.nationmaster.com
Victory Jeffrey;  Gary Betts - Natural disaster and their roots cause, www.helium.com/items/935656-natural-disasters-and-their-root-cause


Jadual L1: Statistics 20 negara teratas  mengalami kemusnahan  akibat bencana alam 1991-2005
Source:"EM-DAT: The OFDA/CRED International Disaster Database, www.emdat.be - Université catholique de Louvain - Brussels - Belgium";                                                       
NationMaster.com, www.nationmaster.com


Jadual L2: Statistics 20 negara terendah  mengalami kemusnahan  akibat bencana alam 1991-2005

Source:"EM-DAT: The OFDA/CRED International Disaster Database, www.emdat.be - Université catholique de Louvain - Brussels - Belgium";                                           
NationMaster.com, www.nationmaster.com