WAKTU SOLAT :

NORIIZZ CONSULTANT'S

Rabu, 10 November 2010

KUALITI PELABURAN

Sesuatu yang indah hanya boleh dimiliki dengan penuh kesabaran, antara kelebihan yang boleh dimiliki dengan pelaburan :-













Pertama : Kualiti Nilai Wang

Dengan melabur anda tidak perlu untuk bekerja terlalu keras sehingga boleh memudaratkan masa berkualiti dalam hidup ini bersama keluarga tersayang kerana nilai wang anda pastinya akan bertambah dari semasa ke semasa.














Kedua : Kualiti Persaraan

Persaraan yang diidam-idamkan mampu menjelma sebagaimana yang diharapkan tanpa berasa keluh kesah bila menghadapi usia persaraan dengan kualiti persaraan dan peningkatan amal ibadah tanpa perlu memikirkan soal kewangan.














Ketiga : Kualiti Pendidikan

Semakin banyak wang yang anda laburkan di tempat dan dana amanah yang betul, pastinya anda mampu mendidik diri sendiri dan keluarga ke arah kebebasan kewangan yang diimpikan serta mampu menyediakan sokongan kewangan untuk diri sendiri dan anak-anak ke menara gading.













Keempat : Kualiti mengelak inflasi

Pilihan pelaburan yang tepat dan betul pastinya akan mendatangkan pulangan yang konsisten serta mampu mengatasi kadar inflasi tahunan serta kualiti hidup masa hadapan sentiasa terpelihara.














Kelima : Kualiti Impian

Dengan pelaburan InsyaAllah segala impian mampu direalisasi bukan sekadar fantasi yang tak menjadi.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Indikator Pembangunan Bandar Islam

faktor kemusnahan bandar dari perspektif islam yang melihat kemusnahan bandar dari dua dimensi, iaitu kemungkaran fizikal dan kemungkaran spiritual. Kemungkaran fizikal ditakrifkan sebagai gangguan secara berlebihan dan tidak terkawal oleh manusia terhadap alam fizikal termasuk pembuangan benda atau bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran, penebangan hutan, perlombongan dan seumpamanya menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan dan seterusnya kemusnahan bandar. Kemungkaran spiritual ialah keingkaran manusia terhadap perintah Allah SWT termasuk dalam aspek hubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia. Faktor kemungkaran fizikal lebih nyata kesannya dan mendapat perhatian yang lebih meluas dikalangan perancang, pengurus bandar dan penyelidik sehingga langkah yang lebih menyeluruh dan berkesan telah diambil bagi mencegah kemudaratan akibat kemungkaran fizikal. Bagaimanapun, kemungkaran spiritual kurang mendapat perhatian masyarakat dan tiada kesedaran akan hubungkait antara kemusnahan bandar dengan kemungkaran spiritual. Kertas kerja ini cuba menjelaskan berasaskan bukti al-Quran, melalui kisah-kisah rasul terdahulu bahawa kemungkaran spiritual mempunyai kesan yang lebih parah dan perlu diberikan perhatian sewajarnya. Bagi mengimbangi tindakan pencegahan terhadap kesan kemungkaran fizikal dan spiritual, kertas kerja ini mencadangkan satu set indikator bandar sejahtera dibentuk sebagai alat memantau dan merancang bandar sejahtera bagi memastikan kelestarian bandar yang sebenarnya.

Kata kunci: kemusnahan bandar, kemungkaran fizikal, kemungkaran spiritual dan indikator bandar sejahtera

Ahad, 29 Ogos 2010

DALIL AL-QURAN BERKAITAN PERBANDARAN ISLAM

DEFINISI PERANCANGAN BANDAR

Perancangan merupakan proses untuk melaksanakan tindakan bagi mengubah bandar yang sedia ada kepada bandar yang berteraskan islam.

Penyusunan Kawasan penempatan luas dan padat dengan penduduk yang mempunyai latarbelakang sosial yang pelbagai dan penduduknya menjalankan kegiatan perniagaan dan perindustrian (bukan pertanian serta mempunyai penduduk lebih 10,000 orang).

SISTEM PERBANDARAN MENURUT ISLAM
Konsep Masyarakat Islam di bandar "Quranic Society" Politik, Ekonomi, Sosial, dan Perundangan.

Perkataan Islam dari asas kata aslama bermaksud memelihara dalam keadaan selamat, sentosa, menyerah diri, tunduk, patuh dan taat.

Maksud sebenar ialah patuh dan menyerah diri kepada Allah secara menyeluruh samaada dari segi aqidah, ibadah, undang-undang dan akhlak.

PRINSIP QURANIC DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN BANDAR
  • Pure Knowledge,
  • Amal,
  • Syura,
  • Adil,
  • Jemaah.

.: PURE KNOWLEDGE :.

  • Nilai tertinggi di bawa oleh islam
  • Digunakan dari alam dunia hingga akhirat
  • Asas perbezaan antara manusia
  • Kewajiban setiap Muslim
  • Terbahagi kepada dua iaitu Ilmu fardu ain & Ilmu fardu kifayah

Fardu Ain = Ilmu yang mesti dipelajari setiap muslim bagi memahami agamanya dari sudut akidah, syariah dan akhlak.

Fardu Kifayah = Setiap ilmu yang mendukung agama dan dunia untuk umat islam umumnya yang terdiri dari ilmu-ilmu agama dan dunia.

.: AMAL :.

  • Amal adalah hasil dari ilmu
  • Generasi Terdahulu (Salaf) "Keimanan ialah apa yang telah diakui di dalam hati serta dibenarkan oleh amal"

Matlamat Amal terbahagi kepada 3 : (Imam Ar-Rhagib Al-Asfahani) = Pemangkin ke arah kemurnian akhlak.

1. Ibadah :

2. Khilafah (Pemerintahan) :

3. Imarah (Memakmurkan Bumi) :

.: ADIL :.


Maksud keadilan ialah : memberikan hak kepada setiap yang berhak sama ada yang berhak tersebut individu, sekumpulan manusia. Hak tersebut dalam bentuk apapun samaada bernilai atau tidak, tanpa melebihi atau mengurangi haknya dan tidak pula menzalimi orang lain.

.: SYURA :.

Hubungan dua hala - Pemerintah kepada rakyat & Rakyat kepada pemerintah

"Agama itu adalah nasihat....untuk Allah, RasulNya, KitanNya, Para pemimpin umat Islam dan rakyat umumnya" (Hadis Sahih).


.: JAMAAH :.

  • Manhaj (Pegangan) = Islam & Al-Quran
  • Jemaah dalam menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran
MATLAMAT DAN PERANAN PERANCANGAN DALAM AL-QURAN

Falsafah perancangan Usaha & Ikhtiar

AKHLAK & ETIKA PLANNER MENURUT AL-QURAN
  • Amanah
  • Sabar
  • Jujur
  • Ikhlas

ASPEK-ASPEK PERANCANGAN BANDAR

Konsep Bandar islam yang ideal :

  • Selamat,
  • Sejahtera,
  • Ketenangan,
  • Mahabah

PERBANDARAN ISLAM : ISU, CABARAN & POTENSI

ISU DAN CABARAN
  • Perspektif fizikal,
  • Perspektif masyarakat bukan Islam terhadap rekabentuk/senibina Islam,
  • MAIN tidak dilibatkan/terlibat dalam ulasan kebenaran merancang/ pelan pembangunan
  • Penguatkuasa (PBT) yang kurang peka
  • Kos

OBJEKTIF KAJIAN

Mengkaji al-quran, As-sunah dan Sirah bagi menghasilkan prinsip dan garis panduan perancangan bandar islam.( Surah An-Nur ayat 27-28 )

Menghasilkan indikator pembangunan bandar islam berasaskan kajian pada masa lalu, pengamatan terhadap bandar-bandar yang dianggap bersesuaian dengan amalan perancangan dan pembangunan bandar islam masakini

Mengesahkan prinsip dan indikator berdasarkan pendapat cendikiawan islam di nusantara.

KONSEP BANDAR

  • Definisi Perbandaran/ Urbanisasi/ Bandar/ Bandaraya
  • Komponen Bandar
  • Ciri-ciri Bandar Islam
  • Istilah-istilah bandar dalam al-quran-Qoryah/ Balad/ AlMadinah/ Arrum/ Misr/ Bakkah
  • Hadis : Kajian kes : Mekah, Madinah & BaitulMaqdis
  • Sirah

1. Apakah indikator bandar islam yang sesuai di nusantara masakini?

Indikator yang sesuai mestilah bertepatan dengan al-quran, sunnah , ijmak ulama’, qias, mampu menjana dan meningkatkan iman dan taqwa serta menghasilkan suasana yang selamat dan sejahtera kepada semua penghuninya.

2. Adakah terdapat perbezaan pandangan antara latarbelakang cendikiawan dengan hasil dapatan kajian?

Terdapat perbezaan pandangan antara latarbelakang cendikiawan dengan hasil dapatan kajian bergantung kepada Latarbelakang politik, ekonomi, sosial, agama, budaya dan pengalaman hidup cendiakawan.

3. Bagaimana kaedah terbaik bagi menyelesaikan perbezaan pendapat di antara cendikiawan bagi menghasilkan indikator perbandaran islamyang berautoriti di nusantara masakini?

kaedah terbaik bagi menyelesaikan perbezaan pendapat di antara cendikiawan bagi menghasilkan indikator perbandaran islamyang berautoriti di nusantara masakini dengan menggunakan kaedah bertepatan dengan Al-Quran, Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qias dengan mengambil kira pendapat majoriti, serta merujuk kepada contoh teladan terbaik dan berdebat dengan cara yang paling ikhsan.

4. Adakah pembangunan perbandaran islam ini mampu meningkatkan ukhuwah dan integrasi sosial?

pembangunan perbandaran islam ini mampu meningkatkan ukhuwah dan integrasi sosial dalam seluruh integrasi masyarakat dalam membina dan merapatkan hubungan sebagai suatu strategi penting dalam penbinaan masyarakat, mengikis perasaan individualistik dan mementingkan diri sendiri.

5. Apakah piagam untuk perancangan bandar islam?

perancangan bandar islam ialah satu proses untuk membangunkan sesebuah kawasan yang menekankan keutamaan kesejahteraan keluarga dan ummah, meningkatkan taraf dan nilai hidup yang berteraskan nilai-nilai islam, membangunkan sektor industri dan pertanian di samping memelihara alam sekitar dan meninggikan pembelajaran sejajar dengan perkembangan industri itu sendiri.

Sabtu, 28 Ogos 2010

DEFINISI PERANCANGAN & PEMBANGUNAN BANDAR ISLAM

DEFINISI & MATLAMAT PERANCANGAN

“Perancangan ialah satu proses untuk membangunkan sesebuah kawasan yang menekankan keutamaan kesejahteraan keluarga dan ummah, meningkatkan taraf dan nilai hidup berteraskan nilai-nilai islam, membangunkan sektor industri dan pertanian di samping memelihara alam sekitar dan meninggikan pembelajaran sejajar dengan perkembangan industri itu sendiri."

Matlamat perancangan adalah untuk menjaga keperluan individu dan perhubungannya dengan keluarga dan masyarakat yang lebih positif dan bermakna bagi mengubah dan meningkatkan taraf hidup masyarakat yang memerlukan tarbiah agama dan di bantu oleh perkhidmatan teknologi.

KONSEP PEMBANGUNAN

Konsep pembangunan yang berteraskan nilai hidup islam merupakan satu paradigma baru untuk kerja-kerja di bidang perancangan. Proses meningkatkan taraf hidup perlu diseimbangkan dengan kesejahteraan ummah yang merangkumi isu sosio-ekonomi, pengurusan, kewangan, industri pembuatan, pertanian, pembelajaran dan Penyelidikan (R&D)

PEMBANGUNAN TAPAK

Tujuan mendirikan bandar ialah supaya dijadikan kawasan penempatan dan tempat berlindung. Dengan demikian adalah wajar ini diambil perhatian supaya segala benda yang merbahaya dijauhkan daripada bandar dengan cara menjaganya daripada segala yang boleh mencelakakan segala kemudahan sesuai dengan kehidupan bandar. (Ibn Khaldun)

ASAS FALSAFAH KEPADA PENDEKATAN ISLAM TERHADAP PEMBANGUNAN
  • i) Tauhid (Keesaan dan kekuasaan Allah). Asas ini meletakkan peraturan tentang hubungan Tuhan dengan manusia dan hubungan manusia dengan manusia.
  • (ii) Rububiyah (Sifat Allah sebagai Penguasa yang membuat peratuaran-peratuaran bagi menumpang dan dan menjaga serta mengarahkan kehidupaan makhluk ke arah kesempurnaannya.
  • (iii) Khilafah (Peranan manusia sebagai utusan Allah di bumi)
  • (iv) Tazkiyah (Penyucian & pertumbuhan yang sewajarnya)
KRITERIA UTAMA PEMBANGUNAN HADARATUL ISLAMIAH
  1. Menubuhkan satu kumpulan pembangunan khas (development team) untuk menyelia pembangunan keseluruhannya.
  2. Menggubal, meletak dan mengamalkan polisi ekonomi yang boleh menghasilkan pembangunan qariah penempatan dengan berkesan.
  3. Menubuhkan sebuah majlis penduduk yang dikenali sebagai majlis Ulil-Amri Tempatan untuk mengembangkan perusahaan dan juga menjaga hal-ehwal masyarakat mengikut lunas syariah.
  4. Mengusaha dan menjalankan pelbagai program pembelajaran termasuk pelajaran lanjutan, latihan sumber manusia dan tarbiah diniyah.
PRINSIP SYARIAH DALAM PERBANDARAN ISLAM

Peraturan dan sistem perundangan yang berasaskan undang-undang Allah (SWT) dan juga mesej yang dibawa oleh Nabi Muhammad (SAW)

KONSEP PERBANDARAN ISLAM

Istilah Bandar – Istilah Arab “Madinah” Prof Al-Attas mengaitkan din dan madinah (juga berkait dengan kata kerja maddana) sebagai :

  • Membina bandar,
  • Menaikkan ke taraf beradab,
  • Menimbulkan sifat insan sejati.
PRINSIP ASAS KEJIRANAN

  • Jiran bukan Islam (al-Zimmi al-ajnabiy). Mereka hanya berhak mendapat hak kejiranan sahaja.
  • Jiran Islam (al-Muslim al-Ajnabiy). Mereka berhak mendapat dua hak kejiranan iaitu hak sebagai jiran dan hak sebagai seorang muslim.
  • Jiran Islam, keluarga (al-Muslim al-Qarib). Mereka berhak mendapat hak sebagai seorang jiran, hak seorang Islam dan hak seorang saudara.
  • Perkembangan fizikal kawasan kejiranan Islam dapat di bahagikan kepada empat peringkat iaitu rumah (al-bayt), kelompok (dur), kejiranan (mahallah-khittah) dan bandar (madinah) (Saleh Al-Hathloul-1981)
PROSES PERBANDARAN

Satu proses pertumbuhan pelbagai aspek seperti peningkatan kualiti taraf hidup penduduk, ekonomi, infrastruktur, kemudahan sosial dan budaya, keselamatan, serta pendidikan dan pembangunan umat Islam setempat khasnya.

SEJARAH PERBANDARAN DUNIA

  • Perbandaran Tamadun Lembah
  • Perbandaran Yunani
  • Perbandaran Rom
  • Perbandaran Era Pertengahan (Era Medieval)
  • Perbandaran Era Renainsance
  • Perbandaran Era Revolusi Perindustrian
  • Perbandaran Di Asia Tenggara
  • Perbandaran Di Malaysia
BANDAR

  • suatu unit politik, suatu petempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau suatu kelompok rumah kediaman atau lain-lain struktur.
  • satu gabungan antara tempat dengan penghuninya.
  • satu ekosistem terbuka yang mengembangkan kebudayaan bandar melalui pertukaran bahan dan tenaga.
  • Satu penempatan yang mempunyai saiz dan populasi yang kukuh di mana terdapatnya kegiatan yang bukan pertanian seperti perindustrian dan perdagangan dijalankan. Di Malaysia bandar merupakan satu penempatan yang mempunyai saiz penduduk seramai minimumnya 10,000 orang.
BANDAR MAMPAN

Bandar mampan mengikut definisi ‘United Nations Centre For Human Settlements’ (HABITAT) dalam Program Bandar Mampan adalah “Bandar Yang Mampu Mengekalkan Pencapaian Dalam Pembangunan Sosial, Ekonomi Dan Fizikal Untuk Selama-lamanya”.

Manakala definisi bandar mampan yang dikemukakan oleh ‘Research Triangle Institute’ (RTI) ialah “Wilayah Metropolitan yang boleh bersaing dengan jayanya di peringkat global tetapi masih boleh mengekalkan keunggulan budaya dan alam sekitarnya”.

BANDAR SELAMAT

Bandar yang bebas daripada semua ancaman fizikal, sosial dan mental, mempunyai persekitaran yang sentiasa berada dalam keadaan terpelihara dan tidak menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kepada berlakunya kejadian yang mengganggu gugat jentera kesejahteraan setempat, selain itu, penghuninya sentiasa dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera, sihat ceria dan dapat menjalankan hidup dengan penuh keyakinan ( Berita Harian, 26 Oktber 2004 ).

PENYUSUNAN BANDAR ISLAM

  • Pusat Bandar masjid (Pusat spiritual Islam )
  • Di sekitar lingkungan masjid :
    -Istana Pemerintah (Pusat kekuasaan duniawi)
    -Pasaraya (Pusat perdagangan & Ekonomi Penduduk bandar)
  • Pinggir Kota Bangunan lain (Kediaman orang ramai)
SURAH AL-IMRAN AYAT 96 :

96. Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.

10 LANGKAH CAPAI KEBEBASAN KEWANGAN.

Sekarang, apa yang perlu kita lakukan...

Cari tempat yang agak sunyi dan biarkan suara hati anda bergetar.Apa yang anda mahukan sebaiknya dalam hidup anda : Kebahagiaan, kesihatan, kewangan, kebajikan dan sebagainya?

Tuliskan matlamat untuk SEMUA aspek kehidupan anda: keluarga, kareer,sukan, kerohanian dan seterusnya. Apa yang anda rancangkan dalam masa 1,2,3,5 tahun akan datang. Kemudian TULISKAN semuanya.

Jangan hadkan fikiran anda, biarkan imaginasi anda berputar walaupun ianya nampak seperti "mustahil".

Perkara penting yang perlu anda ingati :

  • Tanpa kebebasan kewangan, anda akan menjadi hamba kepada duit.

  • Mencapai kebebasan kewangan akan mengambil masa, dedikasi dan kerja keras... tetapi ianya pasti berbaloi akhirnya.

  • Ingat, wang bukanlah segalanya. Tetapi semuanya memerlukan wang pada zaman ini. Ingat dengan wang kita boleh menolong orang yang dalam kesusahan.

  • Hampir semua orang mempunyai kebolehan untuk berjaya, tetapi hanya sedikit sahaja yang mempunyai komitmen untuk berkorban demi mencapai kekayaan.

Masa untuk bertindak :

  1. Terima hakikat bahawa anda boleh mencapai kebebasan kewangan dan buat komitmen dalam diri anda untuk mencapainya. Ianya dalam genggaman jika anda benar-benar mahukannya. Anda mesti YAKIN - itu yang paling penting. Anda akan lihat bagaimana keajaiban minda anda menolong anda nanti. Buangkan jauh-jauh idea bahawa anda mesti bekerja sampai ke tua.

  2. Tanya diri anda: Dimana anda berada dalam masa 2, 5, 10 tahun akan datang? Buat matlamat yang buat anda teruja. Jika anda ada segalanya, apa yang akan anda buat? Jika anda mempunyai wang yang banyak atau anda hanya ada sebulan sahaja untuk hidup.. apa yang akan anda lakukan? Tuliskan semuanya.

  3. Bagaimana kedudukan kewangan anda sekarang. Berapa duit masuk dan keluar. Hutang yang belum berbayar? Mana yang boleh diperbaiki?

  4. Buat matlamat BARU untuk tahun-tahun akan datang. Buat keputusan apakah langkah yang perlu diambil untuk mancapai matlamat anda? Semua matlamat mestilah tepat dan mempunyai had masa.

  5. Mulakan simpanan jika belum (walaupun RM50 sebulan di ASB! Mesti buat!) Dengan hanya simpanan RM50 setiap bulan di ASB, wang anda akan berganda menjadi RM170,000 dalam masa 40 tahun.

  6. Jimatkan perbelanjaan dan simpan wang lebih. Cari projek atau bisnes. Tip: Buat sekurang-kurangnya satu ebook "Bagaimana Untuk ..... "

  7. Berikan ganjaran jika sasaran dicapai. Pergi makan angin atau belikan yang special untuk keluarga.

  8. Cuba capai matlamat anda dengan apa yang ada. Dengan semangat JITU dan tidak mudah menyerah kalah anda pasti akan mencapai semuanya. (Contohnya : Pasukan bola sepak Malaysia juara juga akhirnya disukan SEA selepas 20 tahun mencuba!)

  9. Hidup dengan seimbang: dunia dan akhirat.

  10. Kesilapan paling besar yang boleh kita lakukan ialah menunggu UNTUK BERTINDAK untuk mengubah kehidupan anda sekarang. (ingat 95% diatas, jangan jadi seperti mereka!). Bangun dari kerusi anda dan lakukan sesuatu dan buat 3 PAKSI KEKAYAAN :

BUAT DUIT + MENYIMPAN + PELABURAN BIJAK = KEBEBASAN KEWANGAN

Kesilapan yang dilakukan oleh 95% diatas ialah mereka terlalu sibuk bekerja untuk cari duit daripada MEMIKIRKAN cara buat duit dengan banyak!

Khamis, 24 Jun 2010

TIP MENGURUS PENGGUNAAN KAD KREDIT

  1. Jangan gunakan kad kredit sekiranya anda tidak mampu untuk membayar balik hutang.
  2. Bayar sebelum tarikh akhir pembayaran untuk mengelak daripada dikenakan caj bayaran lewat. Pastikan pengeluar kad kredit anda mempunyai alamat terkini bagi memastikan anda menerima penyata akaun tepat pada masanya.
  3. Jelaskan pembayaran anda sepenuhnya untuk mengelak daripada dikenakan faedah.
  4. Hanya keluarkan wang tunai dengan kad kredit anda sebagai langkah penyelesaian terakhir.
  5. Had bilangan kad kredit berdasarkan keperluan dan kemampuan anda.
  6. Gunakan kad debit berbanding kad kredit untuk membayar pembelian anda.

PETUA TAMBAHAN YANG BOLEH MEMBANTU

  • Ingat, kad kredit bukan wang percuma.
  • Hanya simpan satu atau dua kad, jangan sehingga lapan atau Sembilan.
  • Cajkan hanya untuk barang yang anda mampu bayar – elakkan berberlanja melebihi pendapatan anda.
  • Carilah kad yang menawarkan kos, caj tahunan dan yuran perkhidmatan yang paling rendah (kalau boleh, yang tiada yuran sama sekali).
  • Bayar kesemua baki setiap bulan; tetapi jika ini juga sukar, bayar amaun lebih daripada amaun minima bulanan anda.
  • Masih bermasalah? Tinggalkan kad anda di rumah atau bekukannnya di dalam peti ais!

ISU-ISU SEMASA PERANCANGAN ISLAM

Amalan Perancangan Semasa

Amalan-amalan perancangan bandar dan desa masa kini kurang menekankan aspek persekitaran serta tamadun kehidupan yang berkualiti dan berkekalan. Konsep-konsep perancangan pula tidak memaparkan dengan jelas (explicit) nilai-nilai murni yang perlu menjadi asas pertimbangan dalam perancangan dan pembangunan. Hasil daripada perancangan dan pembangunan yang tidak berlandaskan nilai-nilai murni kerohanian ini telah menimbulkan tanda-tanda kepincangan masyarakat dan juga kemusnahan serta kerosakan kepada alam sekitar.

PENDAHULUAN BANDAR ISLAM.



Perbincangan mengenai bandar islam merupakan suatu perbicangan yang jarang dilakukan.Ini adalah kerana matlamat dan halatuju mengenai bandar islam yang syumul belum lagi dapat dipamerkan dalam kehidupan masakini.

Matlamat dan halatuju bandar islam adalah untuk membangunkan kehidupan sejagat berteraskan kehendak dan syariat Allah.

Oleh itu, matlamat Perancangan dan Pembangunan Sejagat ialah untuk:

“Mewujudkan Keseimbangan Di Antara Pembangunan Fizikal Dengan Pembangunan Insan Dari Segi Spiritual Dan Nilai-Nilai Murni Sejagat Untuk Kemajuan Negara Yang Berterusan”

Rabu, 23 Jun 2010

PENGGUNAAN KAD KREDIT

Kad kredit, adalah nama moden untuk buku hutang. Betul tak? Kita sering menggunakan kad kredit untuk berhutang, dan membayar kembali hutang tersebut dalam satu tempoh waktu tertentu. Maksudnya, kad kredit dan buku hutang ada persamaan. Kan? Cuma mungkin nama kad kredit, nampak lebih hebat berbanding kalau dinamakan kad hutang.
Seringkali kita dapat dengar rungutan tentang masalah hutang akibat penggunaan kad kredit.
YA BETUL!!
Kad kredit boleh menyebabkan seseorang itu menjadi hamba hutang jika tidak diuruskan dengan betul.
Gunakanlah kad kredit dengan cara yang betul. Pasti kad kredit akan menjadi pembantu anda, bukannya perosak anda

Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang membolehkan anda membayar untuk barang danperkhidmatan yang dibeli berbanding menggunakan wang.Berikut adalah isu-isu yang perlu diberikan pertimbangan apabila memohon kad kredit :

  • Anda perlu berdisiplin ketika menggunakan kad kredit kerana anda seumpama memperolehi wang tunai. Sekiranya anda terlebih berbelanja, anda akan menanggung beban hutang yang banyak. Ingat, caj kewangan atas hutang kad kredit adalah tinggi dan boleh mencecah setinggi 18% setahun.

  • Pastikan anda mampu membayar bayaran bulanan. Secara amnya, bayaran balik bulanan anda tidak boleh melebihi satu pertiga daripada pendapatan kadar isi rumah bulanan anda.

FAKTA KAD KREDIT

Mari kita betul-betul memahami bagaimana kad plastik “ajaib” ini berfungsi. Kita diberi talian kredit, dengan had maksima yang boleh dicaj kepada kad – “had kredit”. Setiap kali kad ini dicaj melalui sebarang perbelanjaan (transaksi), kredit kita berkurangan. Penyata bulanan yang diterima memberi kita pilihan, samada untuk bayar baki sepenuhnya, atau hanya bayaran minima bulanan (tidak digalakkan). Apabila kita membayar bayaran bulanan kepada bank yang mengeluarkan kad, had kredit maksima dikembalikan. Walaubagaimanapun, pemegang-pemegang kad kredit seringkali hanya bayar jumlah faedah dan bayaran minima baki pokok yang terhutang, dan tidak akan bayar balik baki yang sepenuhnya.

PERANGKAP BELANJA
Bagaimana agaknya seseorang itu boleh “terperangkap”? Bagi orang-orang muda, penyakit berhutang ini mungkin bermula dengan cara yang tidak diduga. Di kolej pengajian tinggi, sebahagian besar dari mereka diberi kad plastik tersendiri oleh ibubapa sebagai pemegang kad tambahan. Amboi! Banyak pula barang-barang yang perlu dibeli (contohnya, kasut serta pakaian jenama, i-Pod, beg dan barang fesyen yang “cun” dan paling terkini) dan pesta hiburan atau aktiviti sosial yang penting untuk dihadiri! Bukankah amat leceh dan menyusahkan untuk meminta ibubapa tersayang setiap kali duit tambahan diperlukan (bukankah membazir wang untuk bayar kos telefon lagi?). Jadi, cara yang termudah dan tercepat – Caj sajalah!

Mungkinkah bidang pelajar menceburi dalam dunia berhutang ini sangat konfiden dan tiada ragu-ragu bahawa mereka akan bergaji tinggi tidak lama kelak – tentu hutang itu luput dalam jangkamasa yang singkat – hanya beberapa tahun selepas graduan. Malangnya, ramai graduan menghadapi bahawa realiti masa hadapan mereka jauh berbeza dari apa yang telah dijangkakan. Sekarang mereka sudah selesa dengan bilangan baki bulanan tersebut dan sedar bahawa mereka terperangkap: hutang yang terus meninggi tidak dapat ditandingi oleh kenaikan pendapatan mereka yang ala kadar.

Bukan orang muda sahaja yang dapati diri mereka terperangkap di dalam situasi begini. Malah, orang-orang dewasa yang berfikiran cukup matang juga tergoda dengan kemudahan kredit ini. Pengiklan memaparkan barang-barang baru dan canggih yang kononnya “ganjaran” bagi kita! Ya, amat sukar bagi kita menolak kemewahan hidup dengan barang-barang rekreasi, pakaian dan perkakas-perkakas termoden, yang sering ditawarkan. Dalam situasi lain pula, orang yang tiada pekerjaan juga boleh terbabas dalam hutang kredit kad – simpanan wang pun tiada, kredit kad pula dijadikan kemudahan untuk menyara keperluan seharian. Akan tetapi, apabila mereka mula bekerja semula, mereka sedari bahawa kad kredit mereka sudah mencapai had maksima; pembayaran balik pun menjadi satu bebanan yang besar.

Walaupun kita tidak mahu berfikiran negatif, kita tidak akan mencegah masalah kewangan jika kita selalu mengendahkan realiti sebenar. Kemerosotan ekonomi membuatkan ramai orang terdesak dan terjatuh dalam malapetaka kewangan. Hanya mereka yang telah membuat persediaan untuk menghadapi situasi yang kurang baik sebegini akan dapat bertahan di dalam suasana yang sukar. Apakah harus dibuat untuk mengelakkan diri kita daripada menjadi sebahagian dari angka statistik yang menyedihkan?

CARA BAYARAN BALIK HUTANG KAD KREDIT
statistik yang menyedihkan Jika anda hanya membayar jumlah faedah kad kredit setiap bulan dan ingin memberhentikan hutang sebegini,
  • Langkah pertama adalah untuk menganalisa pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda. Jumlahkan perbelanjaan anda dan tolakkannya dari pendapata. Inilah baki pendapatan yang boleh anda gunakan setiap bulan.

  • Langkah kedua : Hentikan transaksi melalui caj kredit. Bekukan penggunaan kredit kad anda (ya, betul – letakkan semua kad-kad kredit ke dalam kotak ais krim, isikan dengan air dan simpankan kotak itu dalam pembeku di peti ais!). Bayarlah barang-barang yang perlu dibeli secara tunai. Kemudian senaraikan hutang kad-kad kredit yang masih ada. Kenalpasti kad yang mengenakan caj kewangan yang paling tinggi. Mungkin anda berpeluang untuk pindahkan baki dari kad berfaedah tinggi ke kad yang menawarkan kos yang lebih rendah (tentukan anda membaca semua info yang diberi supaya tidak dikenakan kos yang tersorok pula).

  • Seterusnya, susunkan kad-kad anda mengikut kadar caj kewangan, gunakan baki pendapatan untuk membayar balik kad yang paling mahal (kos tertinggi) tersebut. Setelah hutang kad termahal selesai, tutupkan akaun tersebut dan musnahkan kad itu. Kemudian ubahkan fokus anda ke kad yang seterusnya; teruskan langkah-langkah di atas sehingga kesemua hutang anda sudah habis. Sebaik sahaja hutang kad kredit anda luput, hanya simpan beberapa kad sahaja – hanya dua atau tiga untuk penggunaan yang boleh dikawal.

KESILAPAN DALAM MENGURUS WANG.



JIKA anda bercadang mengukuhkan kedudukan kewangan, anda mesti mengenal pasti terlebih dulu kesilapan pengurusan kewangan yang lazim dilakukan supaya anda dapat belajar daripadanya.

1. GAGAL MERANCANG
Alasan yang selalu diberikan oleh mereka yang tidak merancang kewangan ialah "Saya sibuk dengan kerja dan keluarga hingga tidak sempat untuk menguruskan kewangan saya".
Sebenarnya, walaupun anda hanya tergolong dalam golongan berpendapatan sederhana, tabiat 'merancang kewangan' akan membolehkan anda menjadi seorang berjaya mengumpul kekayaan di kemudian hari kelak.
2. BERBELANJA MELEBIHI KEMAMPUAN
Dewasa ini, kita sering berbelanja melebihi kemampuan akibat desakan rakan dan juga iklan di sekeliling kita. Ramai yang sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk mengikut arus peredaran masa dan tidak mahu dianggap ketinggalan zaman.
Akibatnya, ramai yang hanya mempunyai baki yang amat sedikit dalam akaun bank di hujung bulan selepas ditolak bayaran pelbagai pinjaman, kad kredit, bil dan sebagainya.
3. BERBELANJA MENGGUNAKAN KAD KREDIT
Tabiat beli dulu dan bayar kemudian adalah perkara biasa dewasa ini. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu kad kredit. Malah, ramai yang memiliki lebih daripada satu kad.
Dengan bayaran minimum setiap bulan, ramai yang akan berpotensi untuk terus berbelanja. Mereka tersalah anggap mengenai bayaran minimum terbabit, dan tidak menyedari bahawa lama kelamaan ia akan menjadi hutang yang menggunung di kemudian hari.Jika tersilap langkah, tidak mustahil anda juga boleh menjadi muflis akibat tabiat sedemikian.Justeru, pastikan anda menggunakan kad kredit secara berhemat.
4. LEWAT MENABUNG UNTUK HARI TUA
Untuk memulakan persaraan, kita mesti memastikan yang kita mempunyai wang mencukupi bagi menampung gaya hidup yang diinginkan selepas bersara. Bagaimanapun, masih ramai terutama mereka yang sudah hampir bersara, masih bergelut untuk mencapai jumlah simpanan diperlukan.
Sepatutnya, setiap kali gaji naik, simpanan kita turut naik. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah setiap kali gaji naik, perbelanjaan pula yang bertambah.
5. MELABUR DALAM PRODUK YANG TIDAK BERSESUAIAN
Terdapat pelbagai produk pelaburan di pasaran. Untuk memastikan kita melabur dalam produk pelaburan yang menepati profil risiko dan ganjaran yang diinginkan, kita memerlukan ilmu pengetahuan mengenai selok-belok pelaburan. Justeru, pastikan anda meneliti ciri sesuatu produk pelaburan berkenaan dan mengkaji kumpulan pengurusannya sebelum melabur.
6. TIDAK MENABUNG UNTUK WAKTU KECEMASAN
Sesetengah orang beranggapan yang membeli insurans adalah perbuatan membazir wang. Tetapi tahukah anda bahawa tanpa insurans, kedudukan kewangan kita akan tergugat terutama jika kita hilang pendapatan/pekerjaan.
Tanpa insurans atau wang simpanan, seluruh keluarga akan merana dan ketika itu juga agak terlambat untuk memikirkan bagaimana ingin mencari sumber pendapatan yang lain dengan kadar segera.
7. TERLAMPAU MEMIKIRKAN PASAL WANG
Dalam usaha memupuk tabiat merancang kewangan, janganlah pula terlampau taksub mengumpul kekayaan sehingga lupa akan perkara lain yang amat bermakna dalam hidup kita seperti keluarga, kesihatan, kepuasan berkarier serta rakan dan taulan.
Akhir sekali, kita perlu sentiasa mengingatkan diri mengenai kepentingan merancang kewangan. Jika kita tidak bersungguh-sungguh dalam membina kekayaan dan menguruskan kewangan, besar kemungkinan kekayaan tidak akan berpihak kepada kita.

LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN WANG.


Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji anda besar ataupun kecil. Di antara kesilapan yang sering dilakukan berkaitan duit ialah terlalu banyak hutang, lambat membayar bil dan tidak menyimpan wang untuk kegunaan masa depan. Anda boleh mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama dengan mengawasi tabiat berbelanja anda.

Urus wang anda dengan bijak melalui langkah berikut:


LANGKAH 1 – MENETAPKAN MATLAMAT KEWANGAN ANDA


Matlamat kewangan anda seharusnya menggambarkan perkara yang anda ingin kecapi dengan wang anda dalam jangka masa tertentu. Penetapan matlamat ini akan membantu anda memahami nilai sebenar wang dan menggalakkan anda untuk berbelanja dengan lebih bijak. Tetapkan jangka masa untuk merancang dan melaksanakan setiap matlamat anda, sama ada matlamat itu berjangka masa pendek, sederhana atau panjang.


Adakah anda merancang untuk…


  • Membeli rumah?
  • Membeli kereta?
  • Melancong?
  • Memulakan keluarga?
  • Menabung untuk pendidikan anak anda?
  • Menyediakan perbelanjaan perubatan?
  • Menyimpan wang untuk digunakan setelah bersara?





Dibawah adalah contoh menetapkan matlamat kewangan anda…..




LANGKAH 2 – MENJEJAKI KE MANA PERGINYA WANG ANDA

Selepas anda menentukan matlamat anda, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik agar matlamat anda mudah dicapai. Ingat bahawa matlamat anda buat masa yang terdekat ini bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi mengenal pasti tabiat berbelanja anda. Melalui pemerhatian ini, anda dapat mengetahui:


  • Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda?
  • Berapa banyak hutang anda setiap bulan?
  • Berapa baki wang anda yang masih tinggal di penghujung bulan?






LANGKAH 3 – MENILAI TABIAT BERBELANJA ANDA

Jika wang anda tidak berbaki pada penghujung setiap bulan, sudah tiba masanya anda menilai tabiat berbelanja anda. Teliti semula semua perbelanjaan anda dan tentukan sama ada apa yang telah anda beli ialah barangan yang anda benar-benar perlukan atau hanyalah memenuhi kemahuan anda. Perhatikan sama ada:

  • Anda menggunakan simpanan untuk membayar bil semasa.
  • Anda memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lama.
  • Hutang anda lebih besar daripada pendapatan.
  • Anda membeli sesuatu tanpa memikirkan sama ada anda mampu atau tidak.



LANGKAH 4 – MENULIS RANCANGAN PERBELANJAAN ANDA

Pelan perbelanjaan membantu anda merancang kewangan. Anda boleh mengesan ke mana duit anda dibelanjakan seterusnya mengelakkan kebanyakan perbelanjaan tersebut dan mula merancang simpanan anda. Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan panduan mudah berikut:


  • Tentukan jumlah pendapatan anda.
  • Tambah jumlah perbelanjaan termasuklah bil bulanan, bayaran balik pinjaman, sewa, perbelanjaan seharian dan lain-lain.
  • Ketepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim (seperti yuran sekolah, musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain)



Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.