WAKTU SOLAT :

NORIIZZ CONSULTANT'S

Sabtu, 28 Ogos 2010

10 LANGKAH CAPAI KEBEBASAN KEWANGAN.

Sekarang, apa yang perlu kita lakukan...

Cari tempat yang agak sunyi dan biarkan suara hati anda bergetar.Apa yang anda mahukan sebaiknya dalam hidup anda : Kebahagiaan, kesihatan, kewangan, kebajikan dan sebagainya?

Tuliskan matlamat untuk SEMUA aspek kehidupan anda: keluarga, kareer,sukan, kerohanian dan seterusnya. Apa yang anda rancangkan dalam masa 1,2,3,5 tahun akan datang. Kemudian TULISKAN semuanya.

Jangan hadkan fikiran anda, biarkan imaginasi anda berputar walaupun ianya nampak seperti "mustahil".

Perkara penting yang perlu anda ingati :

  • Tanpa kebebasan kewangan, anda akan menjadi hamba kepada duit.

  • Mencapai kebebasan kewangan akan mengambil masa, dedikasi dan kerja keras... tetapi ianya pasti berbaloi akhirnya.

  • Ingat, wang bukanlah segalanya. Tetapi semuanya memerlukan wang pada zaman ini. Ingat dengan wang kita boleh menolong orang yang dalam kesusahan.

  • Hampir semua orang mempunyai kebolehan untuk berjaya, tetapi hanya sedikit sahaja yang mempunyai komitmen untuk berkorban demi mencapai kekayaan.

Masa untuk bertindak :

  1. Terima hakikat bahawa anda boleh mencapai kebebasan kewangan dan buat komitmen dalam diri anda untuk mencapainya. Ianya dalam genggaman jika anda benar-benar mahukannya. Anda mesti YAKIN - itu yang paling penting. Anda akan lihat bagaimana keajaiban minda anda menolong anda nanti. Buangkan jauh-jauh idea bahawa anda mesti bekerja sampai ke tua.

  2. Tanya diri anda: Dimana anda berada dalam masa 2, 5, 10 tahun akan datang? Buat matlamat yang buat anda teruja. Jika anda ada segalanya, apa yang akan anda buat? Jika anda mempunyai wang yang banyak atau anda hanya ada sebulan sahaja untuk hidup.. apa yang akan anda lakukan? Tuliskan semuanya.

  3. Bagaimana kedudukan kewangan anda sekarang. Berapa duit masuk dan keluar. Hutang yang belum berbayar? Mana yang boleh diperbaiki?

  4. Buat matlamat BARU untuk tahun-tahun akan datang. Buat keputusan apakah langkah yang perlu diambil untuk mancapai matlamat anda? Semua matlamat mestilah tepat dan mempunyai had masa.

  5. Mulakan simpanan jika belum (walaupun RM50 sebulan di ASB! Mesti buat!) Dengan hanya simpanan RM50 setiap bulan di ASB, wang anda akan berganda menjadi RM170,000 dalam masa 40 tahun.

  6. Jimatkan perbelanjaan dan simpan wang lebih. Cari projek atau bisnes. Tip: Buat sekurang-kurangnya satu ebook "Bagaimana Untuk ..... "

  7. Berikan ganjaran jika sasaran dicapai. Pergi makan angin atau belikan yang special untuk keluarga.

  8. Cuba capai matlamat anda dengan apa yang ada. Dengan semangat JITU dan tidak mudah menyerah kalah anda pasti akan mencapai semuanya. (Contohnya : Pasukan bola sepak Malaysia juara juga akhirnya disukan SEA selepas 20 tahun mencuba!)

  9. Hidup dengan seimbang: dunia dan akhirat.

  10. Kesilapan paling besar yang boleh kita lakukan ialah menunggu UNTUK BERTINDAK untuk mengubah kehidupan anda sekarang. (ingat 95% diatas, jangan jadi seperti mereka!). Bangun dari kerusi anda dan lakukan sesuatu dan buat 3 PAKSI KEKAYAAN :

BUAT DUIT + MENYIMPAN + PELABURAN BIJAK = KEBEBASAN KEWANGAN

Kesilapan yang dilakukan oleh 95% diatas ialah mereka terlalu sibuk bekerja untuk cari duit daripada MEMIKIRKAN cara buat duit dengan banyak!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan