WAKTU SOLAT :

NORIIZZ CONSULTANT'S

Ahad, 8 Mei 2011

PERKAITAN ISU SOSIAL DAN KEMUSNAHAN BANDAR: KE ARAH PEMBENTUKAN INDIKATOR BANDAR SEJAHTERA (1)


Abstrak
Kertas kerja ini membincangkan fenomena kemusnahan  bandar yang disebabkan oleh bencana alam dan kaitannya dengan kemungkaran yang dilakukan oleh manusia. Berdasarkan hujah al-Quran dan penemuan awal berasaskan statistik kemusnahan alam dan permasalahan jenayah, penulis membuat kesimpulan awal bahawa kemusnahan bandar yang disebabkan oleh bencana alam mempunyai kaitan dengan kemungkaran yang dilakukakn oleh manusia. Untuk menghasilkan bandar yang sejahtera isu sosial perlu diselesaikan berpandulan al-Quran dan as-Sunnah. Dengan itu penulis mencadangkan pembangunan indikator bandar sejahtera berteraskan Islam sebagai panduan kepada perancangan dan pembangunan bandar masa depan.

Kata kunci;  Kemusnahan bandar, bencana alam, isu sosial, indikator bandar sejahtera.



Pengenalan

Bencana alam, perubahan iklim dan pemanasan global merupakan antara isu utama dunia yang  mendapat perhatian meluas (Rischard, 2002). Perbahasan dan kajian lebih mendalam para saintis kini telah mula ditumpukan terhadap fenomena bencana alam dan perubahan iklim yang membawa kemusnahan yang teruk dibeberapa negara di dunia. Para saintis mengaitkan perubahan iklim global dan peningkatan fenomena bencana alam dengan peningkatan purata suhu global akibat daripada peningkatan gas “rumah hijau” (seperti carbon dioxide (C02), methan (Ch4), nitrous oxide, sulphur hexafluoride dan beberapa lagi). Peningkatan pengeluaran  gas “rumah hijau” dipercayaai berpunca daripada kegiatan manusia seperti pembakaran bahan bakar (fosil fuel) dan pemusnahan hutan. Usaha-usaha ke arah mengurangkan pengeluaran gas “rumah hijau” telah dilakukan termasuk langkah  kerjasama antara negara-negara di dunia melalui perjanjian Kyoto Protocol pada 1997. 

Dalam masa yang sama masyarakat di dunia juga diledakkan dengan isu-isu sosial yang semakin kritikal dan membimbangkan. Statistik menunjukkan trend peningkatan kegiatan jenayah secara global  dengan  rantaiannya semakin meluas. Kemajuan teknologi telekomunikasi kini telah  meluaskan pengaruh nilai  dan  budaya moden berteraskan kebebasan sosial. Pengaruh ini  merentasi sempadan negara dan semakin pantas, membawa kepada  penghakisan nilai dan keruntuhan moral yang berteraskan agama.

Kertas kerja ini cuba melihat permasalahan ini secara menyeluruh dengan menghujah bahawa permasalahan bencana alam mempunyai kaitan dengan isu sosial termasuk pelbagai bentuk kemungkaran dalam kaitanya dengan perhubungan sesama manusia dan perhubungan dengan Pencipta.  Pandagan ini dikemukakan berasaskan beberapa hujah daripada al-Quran dan juga dengan memaparkan beberapa statistik mengenai perkaitan antara kemusnahan akibat  bencana alam dan permasalahan sosial.  Kertas kerja ini seterusnya mencadangkan pembangunan indikator bandar sejahtera berasaskan pandangan Islam sebagai asas untuk memandu dan mengawalselia pembangunan bandar.
 
Fenomena Bencana Alam Dan Permasalahan Sosial Semakin Meningkat

Maklumat kejadian bencana alam yang dikumpulkan oleh EMDAT antara 1900 hingga 2005 menunjukkan terdapat trend peningkatan fenomena bencana alam. Bencana alam dalam Rajah 1 dikelasifikasikan kepada tiga iaitu: hydrometeorological, geological, biological. Hydrometeorological adalah bencana berkaitan dengan iklim dan pengaliran air termasuk rebut, taufan, banjir, pergerakan tanah dan lumpur, suhu ekstrem, dan pembakaran hutan.  Bencana geological adalah peristiwa yang berasal dari bumi termasuk gempa bumi, volcano, dan tanah runtuh. Manakala bencana biological disebabkan oleh pendedahan kepada organisma mikro dan bahan tosik yang membawa kepada wabak penyakit.

Trend menunjukkan penigkatan mendadak bencana alam sejak tiga dekad yang lalu bermula 1980an. Bencana yang  berkaitan hydrometeorologikal  adalah yang terbesar (76%) diikuti dengan geological, dan biological. Namun bermula 1990an bencana biological telah meningkat dengan mendadak dan mengatasi kekerapan bencana geological.

Rajah 2 menunjukkan data trend kejadian jenayah antara 1880-2010.  Kalau diperhatikan rajah tersebut terdapat pola persamaan trend kejadian bencana alam dan kejadian jenayah dunia. Walau bagaimanapun, perlu diberi perhatian akan kelemahan-kelemahan rekod bagi kejadian jenayah dan trend tersebut hanya dianggap sebagai penemuan sementara sehingga terdapat bukti yang lebih baik pada masa depan.
 
Faktor Berkaitan Dengan Bencana Alam.


Kebanyakan penulis mengaitkan bencana alam sebagai fenomena semulajadi yang berlaku sejak zaman berzaman. Para saintis cuba  mengaitkan peningkatan perinstiwa bencana alam dengan pemanasan global hasil tindak balas kesan “rumah hijau”. Gaill (2007) dan beberapa penulisan dalam laman web seperti yang ditulis oleh Victorial Jeffrey dan Gary  Betts cuba mengaitkan  tahap kemusnahan dengan aktiviti manusia antaranya:
  • Kepadatan penduduk yang tinggal dikawasan berisko tinggi bencana alam; 
  • Kepesatan urbanisasi yang tidak terancang/terkawal,dan  pembalakan hutan. 
  • Penggunaan konkrit bagi menurap permukaan tanah yang sebelumnya menyerap air hujan.
  • Penduduk masih terus tinggal dan bekerja di kawasan-kawasan bencana alam seperti kawasan dataran banjir sungai, garisan rekahan bumi (fault line), pinggiran pantai, dan kawasan pembakaran sumulajadi hutan (wild fire)yang berulang.
  • Rasuah dalam kerajaan
 Rajah1: Bilangan  Bencana Alam Mengikut Kategori 1900-2005


 
Bencana Alam Dan Kemusnahan Bandar Dalam Al-Quran

Terdapat banyak insiden kemusnahan bandar, sebahagiannya ada kena mengena dengan kisah di dalam al-Quran  dan telah disahkan melalui penyelidikan arkeologi dalam dunia moden. Penulisan-penulisan seperti Max Mallowan (1964), Kamal Salibi (1980) dan Harun Yahaya (2002)  telah menunjukkan tragedi kemusnahan yang dijelaskan dalam al-Quran dan sebahagiannya masih dapat di kesan sehingga ke hari ini. Penemuan-penemuan seperti ini, sememangnya membuktikan kejadian-kejadian yang dikisahkan dalam al-Quran benar-benar berlaku.  

Allah menyatakan dengan jelas mengenai akibat dari perbuatan buruk yang dilakukan oleh makhluknya mengenai kemungkaran yang mereka lakukan semenjak zaman nabi-nabi terdahulu seperti kaum nabi Nuh, Aad dan Thamud sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Hajj ayat 42-48 yang bermaksud:-
 
42. Dan jika mereka (yang kafir itu) mendustakanmu (Wahai Muhammad), maka (yang demikian tidaklah pelik) kerana Sesungguhnya sebelum mereka: kaum Nabi Nuh, dan Aad (kaum Nabi Hud), serta Thamud (kaum Nabi soleh) telah juga mendustakan Rasul masing-masing;

43. Dan (demikian juga) kaum Nabi Ibrahim dan kaum Nabi Lut;

44. Dan juga penduduk Madyan; dan Nabi Musa juga telah didustakan; maka Aku memberi tempoh kepada orang-orang kafir itu, kemudian Aku menimpakan mereka dengan azab seksa. Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.

45. Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya; dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar, dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan).

46. Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - Dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.

47. Dan mereka meminta kepadamu (Wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjinya; dan (Katakanlah kepada mereka): Sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.

48. Dan bukan sedikit negeri-negeri yang Aku beri tempoh, sedang penduduknya berlaku zalim; kemudian Aku menimpakannya dengan azab seksa; dan (ingatlah) kepada Akulah tempat kembali.
 
Jadual 1 penyediakan satu ringkasan kisah kemusnahan bandar sebagaimana di catatkan dalam al-Quran. Berdasarkan Jadual tersebut terdapat pelbagai bentuk kemusnahan bandar yang ditimpakan kepada umat terdahulu termasuk bencana banjir, gempa bumi, ribut taufan, gunung berapi, kemarau, penyakit dan peperangan kerana pelbagai kemungkaran yang  dilakukan. Semuanya ini perlu diambil iktibar dan pengajaran kepada manusia dalam mengatur kehidupan termasuk perancangan dan pengurusan bandar masa kini.

Jadual 1: Ringkasan kisah kemusnahan bandar dalam al-Quran
 
Kota/Kaum
Situasi Masyarakat
Misi Dakwah
Kesan/Akibat
Bandar‘Ur’ (selatan Mesopotimia)
Hidup dalam suasana yang mewah, mencapai tingkat pembangunan yang sungguh tinggi, terdapat peti-peti khazanah yang dipenuhi piala yang tidak ternilai, pinggan mangkuk yang diperbuat dari tembaga, mozek dari mutiara serta alatan muzik bertali, menderhakai Rasul.
Nabi  Nuh
Mengajak kaumnyaberiman, telah memberi amaran kepada kaumnya mengenai azab Allah.
Kaum ‘Ur’ ingkar kepada seruan nabi Nuh a.s dan akhirnya Allah musnahkan mereka dengan ditenggelamkan kaumnya dalam banjir besar.
Kota Babil(Babilion, Iraq)
Menyembah langit dan bintang-bintang, mengukir gambar dan patung dewa lantas menyembahnya yang dikenali sebagai ‘Ziggurat’
Nabi Ibrahim
Mengajak beriman, Contoh teladan kepada manusia, telah memberi amaran kepada kaumnya mengenai azab Allah
Dalam Kitab al-Bidayah wa an-Nihayah Ibnu Katsir. Raja Namrud bin Kan’an (Penguasa Babilon) mengarahkan Ibrahim dibakar dalam api besar untuk membunuhnya saat terbit matahari. Kemudian Allah mengutus nyamuk yang menyebabkan para tentara dan pasukannya tidak dapat lagi melihat matahari. Nyamuk-nyamuk besar itu memakan daging dan darah mereka dan meninggalkan tulangnya. Salah satu nyamuk masuk ke hidung Raja Namrud dan diam di sana selama 400 tahun sebagai bentuk azab Allah atas raja itu. Selama waktu itu pula Namrud senantiasa memukuli kepalanya hingga ia mati.

Kota Sadum,
Berhampiran laut merah

Homoseksual, samun pengembara, lakukan pelbagai kemungkaran dalam pertemuan mereka.

Nabi Lut a.s Ingatkan kaumnya akan azab Allah, Taat Allah dan Rasulnya, tinggal

kemungkaran

Terus ingkar, Allah datangkan petir yang kuat dan diterbalikkan bumi, Bandar hancur serta tenggelam, menjadi laut mati.

Bandar Uber
Berhampiran pantai Oman
Kaum Aad
Hidup dalam suasana yang mewah, dikurniakan Allah dengan kebun yang subur, sungai-sungai, anak-anak ternakan. Membina tugu pada tempat yang tinggi, membina istana-istana (kediaman) mewah seperti hendak hidup selama-lamanya, sombong, megah dengan kuasa, ikut telunjuk pemerintah yang zalim, berlaku zalim kepada orang miskin, sembah tuhan sebagaimana nenek moyang mereka, mengejek rasul.
Nabi Hud a.s
Mengajak kaumnya supaya taat, berbakti kepada Allah, tinggalkan kemungkaran, ingatkan balasan hari akhirat.
Kaum Aad ingkar kepada seruan nabi Hud a.s dan akhirnya Allah musnahkan mereka dengan tiupan angin yang kencang.
Kaum Thamud,
Bandar Petra di Jordan
Pewaris Kaum Aad dikurniakan Allah dengan tanah/ tanaman yang subur beserta sungai. Membina kediaman mewah dilereng gunung dan istana di dataran, melakukan pelbagai kemungkaran, membunuh unta betina yang diuji oleh Allah, merancang membunuh Nabi Salleh a.s .
Nabi Salleh a.s.
Menyeru kaumnya supaya sembah dan takut Allah dan taat Rasul, mengingatkan kemewahan yang diberikan Allah dan kemungkaran yang dilakukan, taubat.
Kaum Thamud ingkar, membunuh unta betina yang diuji oleh Allah dan merancang membunuh Nabi Salleh a.s, Allah musnahkan mereka dengan gempa yang sangat dahsyat dan hancurlah segala pembinaan yang tersergam itu.
Kaum Ninawa
Menyembah berhala dari batu dan berhala-berhala yang tidak dapat membawanya manfaaat atau mudarat bagi mereka dan menginkari dakwah Nabi Yunus bahawa ajaran beliau tidak akan mendapat pasaran di antara rakyat Ninawa yang sangat teguh mempertahankan tradisi dan adat istiadat orang-orang tua mereka.”
Nabi Yunos
Menyeru mereka sembah Allah, kebaikan akan diberikan kepada mereka yang ikut petunjuk dan seksaan kepada mereka yang menolaknya. Akhirnya Nabi Yunos mula putus asa dan meninggalkan kaumnya.
Udara disekeliling Ninawa makin menggelap, binatang-binatang peliharaan mereka nampak tidak tenang dan gelisah, wajah-wajah mereka tanpa disadari menjadi pucat tidak berdarah dan angin dari segala penjuru bertiup dengan kecangnya membawa suara gemuruh yang menakutkan -terselamat kerana sempat bertaubat tatkala saat-saat akhir turunnya bala’ .
Herodotus
Kota Memphis di Mesir
Keangkuhan Firaun, mengaku diri sebagai tuhan, sombong, zalim, membunuh bayi lelaki bani Israel, penguasaan ilmu sihir.
Nabi Musa a.s
Menyeru mereka sembah Allah, kebaikan akan diberikan kepada mereka yang ikut petunjuk dan seksaan kepada mereka yang menolaknya.
Firaun dan pembesarnya terus ingkar dan mengerahkan kekuatan untuk membunuh nabi Musa a.s.  Allah tenggelamkan mereka dalam lautan merah.
Kota Aikah di Madyan
Menipu dalam perniagaan, melakukan pelbagai kemungkaran dan kerosakan di muka bumi, menganggu pengembara bagi menyekat daripada mengikuti jalan Allah. Ingkar, ejek dan ancam Rasul dan mencabar supaya ditimpa bala bencana dari Allah.
Nabi Shuib a.s
Berbakti kepada Allah, tiada tuhan melainkan Allah, ingatkan nikmat yang diberikan, jangan menipu dan berhenti dari melakukan kemungkaran.
Mereka terus ingkar seruan nabi Shuib a.s dan akhirnya Allah musnahkan mereka dengan gempa bumi yang dahsyat.
Kaum ‘Saba’
Selatan tanah arab
Masyarakat bertamadun dan mempunyai  kehebatan kuasa ketenteraan, teknologi yang tinggi, Mampu membuat empangan Ma’rib yang membolehkan kawalan  ke atas laluan perdagangan membolehkan mereka hidup dengan penuh kemewahan.
Nabi Sulaiman
Taat kepada Allah, Berjaya berdakwah kepada ratu Balqis’ untuk memeluk islam
Penduduk Saba’ tidak mengendahkan seruan rasul dan telah menolak keimanan dan telah dihukum dengan banjir yang hebat.  Empangan Ma’rib telah runtuh  menyebabkan ‘banjir Arim’  yang menyebabkan kemusnahan amat besar kebun anggur,taman-taman dan ladang-ladang pertanian sejak beratus tahun telah musnah sama sekali.
Kaum Bani Israil
Surah Isra’ ayat 4-7.
Melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sombong angkuh dengan melampau-lampau.

Allah musnahkan melalui bala tentera dikalangan manusia(Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (Bait'ul-Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.
Kota Mekah dan Madinah
Masyarakat Jahiliah, penyembahan berhala, perbalahan antara kabilah, bunuh bayi perempuan.
Nabi Muhammad s.a.w
Seruan tauhid, iman kepada yang ghaib, islam, ihsan, dakwah, jihad fi sabililillah, amal makruf, nahi mungkar.
Penduduk Mekah dan Madinah akhirnya tunduk dan menerima seruan Islam, lahirnya bandar sejahtera.

 
Perkara ini menguatkan lagi perlunya “amaran awal” atau indikator seperti yang terdapat  di dalam banyak kisah kemusnahan umat terdahulu. Allah menggesa kita di dalam al-Quran bahawa perlunya kita menjelajahi dunia ini dan melihat sendiri bagaimanakah kesudahannya masyarakat sebelum kita. Allah s.w.t menyatakan dalam surah Al-Imran ayat 137 maksunya:-

“Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul)”.

 
Perkaitan Kemusnahan  Bencana Alam Dan Kemungkaran  Manusia

Penulis telah  cuba untuk mengaitkan kemusnahan bencana alam dengan kemungkaran yang dilakukan oleh manusia dengan membandingkan data kemusnahan dengan bilangan banduan penjara. Dua sumber data telah digunakan untuk tujuan ini. Data daripada  EM-DAT, the international disaster data bank mengenai kos kemusnahan daripada 10 bencana terbesar berlaku antara 1991-2005 digunakan untuk mengukur kemusnahan yang dialami oleh negara-negara di dunia. Manakala data bilangan banduan terkini setiap negara diperolehi bagi menunjukkan tahap kemungkaran atau permasalahan sosial sesuatu negara. Data ini diambil daripada Nationmaster.com dalam laman webnya.  Maklumat lain berkaitan permasalahan sosial seperti kes-kes jenayah tidak  dapat digunakan kerana tiada rekod  bagi kebanyakan negara. 
 
Analisis perbandingan telah dibuat bagi 20 negara tertinggi yang mengalami kemusnahan  bencana alam dan 20 negara terendah yang mengalami kemusnahan bencana alam. Bagi 20 negara terendah pemilihan juga mengambil kira  keluasan negara, di mana negara yang kecil dikeluarkan dari senarai. Perbandingan dibuat berasaskan nilai purata bagi jumlah kemusnahan, jumlah kemusnahan per keluasan (km persegi), bilangan  banduan dan bilangan banduan per 100,000 penduduk. Indikator kepadatan penduduk dan tahap perbandaran juga dibandingkan. 

Hasil analisis menunjukkan terdapat berbedaan yang significance antara angkubah yang digunakan dalam perbandingan negara mengalami kemusnahan teruk dan negara yang mengalami kemusnahan rendah.  Analisis menampakkan terdapat kaitan antara kemusnahan alam dan permasalahan sosial masyarakat berasaskan indikator bilangan banduan. Walau bagaimana pun perlu diambil perhatian bahawa data-data yang dikumpulkan oleh sumber tersebut mempunyai  beberapa kelemahan seperti  perbedaan tahun asas dan berbeda kualiti data  antara negara-negara,  tahap kecekapan penguasaan undang-undang dan berbedaan hukuman antara negara. Shaw (2003) telah menjelaskan beberapa kesukaran dalam membandingkan berkaitan jenayah antara negara antaranya disebabkan faktor berikut: definisi dan kategori jenayah berbeda antara negara, tahap pelaporan jenayah oleh mangsa juga berbeda antara negara (termasuk akses kepada polis, kemudahan telefon, kepercayaan kepada pihak berkuasa) dan norma sosial (setengah masyarakat tidak menggalakkan wanita tampil untuk melaporkan kes penderaan dan rogol). Bagaimanapun, hasil analisis boleh digunakan sebagai ukuran yang kasar dan kesimpulan sementara sehingga kedapatan data yang lebih baik pada masa depan.

Jadual 2: Analisis perbedaan nilai purata angkubah bagi 20 negara paling tinggi kos kemusnahan dan 20 negara paling rendah kos kemusnahan akibat bencana alam 1991-2005
 
Amerika Syarikat (USA) merupakan negara yang paling tinggi mengalami kos kerosakan daripada bencana alam berasaskan maklumat EM-DAT untuk tahun 1991-2008. Kertas kerja ini telah membuat penelitian lanjut data statistik jenayah USA  untuk 1960-2007 untuk dibandingkan dengan kemusnahan bencana. Terdapat peningkatan bilangan jenayah di USA daripada tahun 1960 hingga 1990 dan sedikit penurunan selepas pertengahan 1990an (Rajah 2). Data bencana alam menunjukkan 10 kemusnahan terbesar  bencana alam di USA sejak 1900  berlaku dalam dua abad yang terakhir (1980-2008) yang menampakkan persamaan trend dengan tahap jenayah negara berkenaan.

 
Rajah 3: Statistik Jenayah di USA 1960-2007
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan