WAKTU SOLAT :

NORIIZZ CONSULTANT'S

Selasa, 22 Jun 2010

5 PETUA MEMBINA KEKAYAAN.

Berikut adalah 5 sebab mengapa ramai orang susah untuk menjadi kaya dan bagaimana anda tidak menjadi seperti mereka! Konsepnya cukup mudah tapi itulah hakikatnya.

  1. Menunggu Untuk Bermula
  2. Ilmu Kewangan Yang Teruk
  3. Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif
  4. Tidak faham atau tidak gunakan sistem menjana duit
  5. Tidak cukup sabar dan tiada keazaman

Menunggu Untuk Bermula

Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi,pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula melangkah ke arah kejayaan.

Nampakkah anda masalahnya disini?

Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda menjana wang, kejayaan dan gaya hidup yang anda mahukan.

Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan mendapat ganjarannya. Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh seseorang yang tidak melepasi garis permulaan. Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan melangkah ke arah kejayaan.

Ilmu Kewangan Yang Teruk

Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan liabiliti. Perbezaanya disini: Aset adalah sesuatu yang masukkan duit ke poket anda. Hutang pula ialah sesuatu yang keluarkan duit dari poket anda.

Aset =Wang masuk
Liabiliti=Wang keluar

Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta benda adalah aset mereka.
Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan anda keluarkan wang dari poket anda. Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah liabiliti = hutang!

Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan.

Fokus Kepada Pendapatan Aktif Daripada Pasif

Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk sejam bekerja dan sampai di situ sahaja.

Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang tidak lagi anda lakukan. Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk anda menuju kekayaan
.

Tidak Faham Atau Tidak Gunakan Sistem Menjana Duit

Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buat duit untuk anda tanpa perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianya satu sistem yang buat duit secara automatik. Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yang berkait dengannya.

Selepas anda mencipta atau gunakan satu sistem buat duit, tiada had berapa banyak duit yang boleh anda perolehi. Dengan menjadi pakar kepada sistem duit akan membawa kekayaan diluar dugaan anda.

Tidak Cukup Sabar Dan Tiada Keazaman

Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula, tetapi mesti tabah mengharungi semuanya.Mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi punca kegagalan seseorang.

Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5 peratus mereka yang mengikut 5 perkara diatas, anda mempunyai peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan.Ianya cukup mudah.......

Anda perlu membuat keputusan untuk mengikut perkara diatas dan lihat perubahan pada hidup anda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakkan orang lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu.

Inilah masanya untuk anda membuat keputusan. Demi Kejayaan Anda,




Tiada ulasan:

Catat Ulasan