WAKTU SOLAT :

NORIIZZ CONSULTANT'S

Jumaat, 29 Oktober 2010

Indikator Pembangunan Bandar Islam

faktor kemusnahan bandar dari perspektif islam yang melihat kemusnahan bandar dari dua dimensi, iaitu kemungkaran fizikal dan kemungkaran spiritual. Kemungkaran fizikal ditakrifkan sebagai gangguan secara berlebihan dan tidak terkawal oleh manusia terhadap alam fizikal termasuk pembuangan benda atau bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran, penebangan hutan, perlombongan dan seumpamanya menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan dan seterusnya kemusnahan bandar. Kemungkaran spiritual ialah keingkaran manusia terhadap perintah Allah SWT termasuk dalam aspek hubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia. Faktor kemungkaran fizikal lebih nyata kesannya dan mendapat perhatian yang lebih meluas dikalangan perancang, pengurus bandar dan penyelidik sehingga langkah yang lebih menyeluruh dan berkesan telah diambil bagi mencegah kemudaratan akibat kemungkaran fizikal. Bagaimanapun, kemungkaran spiritual kurang mendapat perhatian masyarakat dan tiada kesedaran akan hubungkait antara kemusnahan bandar dengan kemungkaran spiritual. Kertas kerja ini cuba menjelaskan berasaskan bukti al-Quran, melalui kisah-kisah rasul terdahulu bahawa kemungkaran spiritual mempunyai kesan yang lebih parah dan perlu diberikan perhatian sewajarnya. Bagi mengimbangi tindakan pencegahan terhadap kesan kemungkaran fizikal dan spiritual, kertas kerja ini mencadangkan satu set indikator bandar sejahtera dibentuk sebagai alat memantau dan merancang bandar sejahtera bagi memastikan kelestarian bandar yang sebenarnya.

Kata kunci: kemusnahan bandar, kemungkaran fizikal, kemungkaran spiritual dan indikator bandar sejahtera